Utusan Borneo (Sarawak)

Keunikan budaya, adat resam perlu dipelihara: Harden

-

Keunikan budaya dan adat resam masyarakat yang diamalkan sejak turun-temurun di Sarawak perlu dipelihara, dipertahan dan disuburkan dengan sikap kekitaan, toleransi dan hormat-menghormat­i antara satu sama lain.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, sikap yang baik ini dilihat mampu menjamin keharmonia­n dan mengelakka­n perselisih­an faham yang boleh menceruska­n ketegangan kaum.

“Perayaan masyarakat Malaysia sebenarnya satu platform untuk kita merapatkan lagi hubungan ukhuwah sesama kita tanpa mengira kaum, agama mahupun bangsa dan ini telah lama wujud di negara kita Malaysia amnya dan Sarawak khasnya,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Gabungan Lapan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Kebajikan Islam Ketua Masyarakat serta Ketua Kaum (KMKK) Melayu di kawasan DUN Simanggang di Dewan Serba

guna Kampung Muhibbah di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, kehadiran ramai tetamu pada majlis-majlis rumah terbuka perayaan dari pelbagai kaum merupakan manifestas­i kehidupan yang harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Suasana perayaan bukan sahaja disambut secara bersendiri­an oleh kaum yang merayakann­ya malah turut dimeriahka­n lagi dengan tradisi kunjung-mengunjung­i.

“Saya amat teruja melihat sambutan majlis dengan penglibata­n golongan pelbagai peringkat umur tetapi masih bersemanga­t mengambil bahagian dalam memeriahka­n suasana Hari

Raya dan kita nampak para penduduk menghiburk­an kita dengan lagu-lagu Hari Raya dan juga kita melihat betapa bersemanga­tnya rakan kita menarikan tarian zapin dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, pengerusi jawatankua­sa pengelola majlis, Ketua Kampung Shaibi Bakir ketika berucap menyentuh tentang jasa dan sumbangan Harden dalam membantu menyediaka­n prasarana dan dana untuk pertubuhan dan persatuan yang amat besar dan bermakna buat masyarakat Melayu di DUN Simanggang.

“‘Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita

merasa.’ Ungkapan ini bermaksud masyarakat Melayu yang terkenal dengan adap dan budi bahasa harus bersyukur dengan pembanguna­n yang disediakan oleh kerajaan melalui wakil rakyatnya yang berprestas­i cemerlang,” katanya.

Justeru, Harden menyatakan rasa terima kasih atas sokongan komuniti Melayu di DUN Simanggang.

“Saya tidak akan melupakan sokongan mereka dengan membalasny­a menyediaka­n prasarana yang dipohon oleh mereka,” ujarnya.

Dalam perkara lain, Harden berharap permohonan bagi mendapatka­n dua bidang kuasa baharu untuk ketua kaum di Taman Sri Jaya dan Taman Desa Indah dan satu bidang kuasa penghulu dapat dipercepat­kan kelulusann­ya.

“Sebagai wakil rakyat di Simanggang, saya berharap Residen Bahagian Sri Aman yang juga Pengerusi Panel Pemilihan KMKK Bahagian Sri Aman mempercepa­tkan permohonan bagi mendapatka­n dua bidang kuasa baharu untuk ketua kaum Melayu di dua kawasan taman perumahan tersebut,” tambahnya.

Pada majlis itu, Harden turut menyerahka­n cek projek kecil luar bandar (MRP) bagi kawasan DUN Simanggang kepada 17 pertubuhan dan jawatankua­sa pengelola majlis dengan nilai keseluruha­n RM115,000.

Peruntukan tersebut untuk digunakan oleh setiap pertubuhan membiayai kos mengadakan aktiviti kepada komuniti masing-masing.

Hadir sama Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Temenggung Mohd Shah Achang, Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Zamari Morshidi, Penghulu Abang Norin Abang Noruddin, Penghulu Mingging Sigan, Penghulu Andar Suntai serta Penghulu Tiong Chong Onn.

 ?? ?? SIMBOLIK SAMBUTAN RAYA: Harden (tiga kanan) menyalakan lampu raya bersama Abang Mohamad Porkan (dua kanan) serta yang lain pada majlis berkenaan.
SIMBOLIK SAMBUTAN RAYA: Harden (tiga kanan) menyalakan lampu raya bersama Abang Mohamad Porkan (dua kanan) serta yang lain pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia