Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan GPS amat komited laksana pembanguna­n berterusan di Sarawak

-

Kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersungguh-sungguh memastikan pembanguna­n dilaksana secara berterusan di negeri ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, kesungguha­n itu jelas terbukti apabila projek-projek yang dilaksanak­an di negeri ini sentiasa memberi manfaat kepada rakyat.

“Inilah usaha bersungguh­sungguh kerajaan GPS untuk memastikan pembanguna­n tidak terhenti pada suatu tahap.

“Ia proses berterusan demi keselesaan dan kesejahter­aan rakyat yang telah memberi kepercayaa­n dan mandat kepada parti pemerintah sekarang,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian semasa mengadakan tinjauan ke atas bebeberapa projek pembanguna­n yang dilaksanak­an di kawasan DUN Simanggang kelmarin bersama Pasukan Drone Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman selaku agensi pelaksana.

Antara projek yang ditinjau ialah projek bina baharu jam

batan konkrit menyeberan­gi Sungai Undop, Kampung Beleti, Sabu di mana tinjauan di tapak projek mendapati belum ada perubahan yang signifikan namun diberitahu oleh wakil pemaju bahawa persiapan peralatan sedang dalam proses.

Selain itu, projek jalan perhubunga­n ke tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Rumah Sanggau, Sungai Reboh yang sedang dalam pembinaan dan projek jambatan gantung yang telah siap dibina menyeberan­gi Sungai Undop di kampung tersebut.

Turut ditinjau ialah projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) yang telah siap dibina iaitu jambatan gantung menyeberan­gi Sungai Undop dan jalan perhubunga­n

di Rumah Mary Tuba, Kampung Munggu Demam, Undop.

Beliau turut meninjau projek di Rumah Siliver Garit, Kampung Kenyungan, Undop untuk melihat sendiri perkembang­an projek pembinaan jalan perhubunga­n dan parit di rumah panjang tersebut dan meninjau kerja-kerja memasang wayar dalaman yang sedang dilaksanak­an.

Di samping itu, beliau turut meninjau tapak projek siap bina sengkuap di Rumah Wan Rantai, Kampung Guntong Ulu dan cadangan membina jalan perhubunga­n dari jalan raya ke rumah panjang dan difahamkan proses cabutan undi untuk tawaran kontrak akan dilaksanak­an sedikit masa lagi.

Mengulas ringkas mengenai tujuan lawatan bersama agensi pelaksana, Harden berkata, ia adalah untuk mendapatka­n gambaran status semasa projek dan menyampaik­an maklumat tepat kepada rakyat memgenai agenda pembanguna­n kawasan.

“Dalam pemikiran saya agensi pelaksana dapat menyiapkan semua projek mengikut jadual dan memberi manfaat kepada rakyat setempat.

“Kita harus cepat menyiapkan projek yang telah diluluskan terutama projek RTP pada tahun lepas kerana RTP tahun semasa akan bermula dan ini akan menjadi beban kerja terutama agensi pelaksana yang akan menyediaka­n spesifikas­i dan skop kerja projek sebelum dapat ditawarkan kontrak kepada kontraktor melalui cabutan undi,” tegasnya.

Turut serta dalam tinjauan tersebut ialah Jurutera JKR Bahagian Sri Aman Minjo Simanding, Penolong Jurutera Awam Kanan Kilat Edmund Gunting, Penolong Jurutera Awam Fatihi Jali, Penolong Jurutera (Mekanikal) Randy Sinclair, Penolong Jurutera (Elektrikal) Mike Daes, Penolong Jurutera Awam Raymond Steven serta Pembantu Awam Frederick Jonathan Isau.

 ?? ?? PUAS HATI: Harden semasa meninjau projek jambatan gantung di Rumah Sanggau, Kampung Sungai Reboh, Undop yang telah siap dibina menyeberan­gi Sungai Undop.
PUAS HATI: Harden semasa meninjau projek jambatan gantung di Rumah Sanggau, Kampung Sungai Reboh, Undop yang telah siap dibina menyeberan­gi Sungai Undop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia