Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Gawai 2024 di MJC pada 16-24 Mei

Sebanyak 180 gerai akan dibuka daripada jualan makanan, minuman dan kraf tangan

- Miro Simuh Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Bazar Gawai 2024

KUCHING: Bazar Gawai sempena sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 akan diadakan di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) di sini bermula 16 hingga 24 Mei.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Bazar Gawai 2024 Miro Simuh berkata, sebanyak 180 gerai akan dibuka pada bazar itu nanti daripada jualan makanan, minuman serta kraf tangan.

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada usahawan kecil memajukan perniagaan mereka selain memeriahka­n sambutan Gawai Dayak pada 1 Jun.

“Banyak aktiviti lain akan turut dilaksanak­an pada sebelah malam yang mana gerai-gerai akan mula beroperasi dari jam 2 petang hingga 12 tengah malam.

“Kita juga ada menempatka­n pentas utama untuk pelbagai persembaha­n kebudayaan dan nyanyian yang akan dihiburkan oleh artis-artis tempatan.

“Oleh itu, saya menyeru orang ramai terutama masyarakat Dayak , berkunjung ke Bazar Gawai 2024 ini untuk membeli barangan keperluan menyambut perayaan Gawai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa

Kita juga ada menempatka­n pentas utama untuk pelbagai persembaha­n kebudayaan dan nyanyian yang akan dihiburkan oleh artis-artis tempatan.

Kerja Bazar Gawai Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Pejabat Agensi Pembanguna­n

Penyelaras­an Greater Kuching (GKCDA) di sini kelmarin.

Jelas Miro lagi, penganjura­n yang memasuki edisi keempat itu akan dirasmikan Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Bazar Gawai 2024 Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 17 Mei.

Tahun ini, sambutan Gawai

Dayak Peringkat Negeri Sarawak dihoskan oleh masyarakat Bidayuh.

Justeru katanya, berbeza dengan penganjura­n tahun lepas, Bazar Gawai 2024 diadakan dengan simbolik ‘maad kasah’ dalam bahasa Bidayuh yang bermaksud ‘bentang tikar,’ menandakan permulaan sambutan Hari Gawai.

 ?? MIRO ??
MIRO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia