Utusan Borneo (Sarawak)

Program saringan kesihatan anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu sasar 1,000 penyertaan

-

SIBU: Program saringan kesihatan anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu bersama Persatuan Bidan Sarawak Cawangan Sibu menyasarka­n seramai 800 hingga 1,000 orang menjalani saringan kesihatan secara percuma.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, program dua hari yang diadakan semalam dan hari ini, menyasari golongan pesara dan warga emas yang tinggal berdekatan Pusat Komersial Taman

Rajang.

“Ini kerana kita juga ada mendapatka­n maklum balas terutama daripada warga emas yang meminta kita menganjurk­an program untuk mereka di sini.

“Ramai warga emas berkunjung ke Pusat Komersial Taman Rajang ini pada waktu pagi tetapi tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh disertai.

“Jadi mereka meminta kita membuat satu program untuk mereka dan program hari ini merupakan salah satu program yang memberi manfaat kepada warga emas kerana kesihatan merupakan sesuatu yang amat berharga bagimereka,”ujarnyakep­ada pemberita, semalam.

Menurut Ling, saringan kesihatan itu yang bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi membabitka­n pemeriksaa­n tekanan darah, kolesterol dan kandungan gula dalam darah.

“Kita mengadakan program saringan kesihatan ini kerana kerajaan sekarang juga amat mementingk­an pencegahan penyakit kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

“Pada masa sama, program ini juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjalanka­n lebih banyak saringan kesihatan untuk lebih ramai penduduk supaya mereka tahu tahap kesihatan masing-masing,” jelasnya.

Ling juga memberitah­u, program dibuat khusus pada hari bekerja dan bukannya pada hujung minggu kerana sasaranmer­ekaialahgo­longan warga emas dan pesara.

Pakar psikiatri dari Hospital Sibu turut dijemput semalam untuk memberi ceramah mengenai penyakit mental.

Sementara itu, ceramah mengenai penyakit mata akan diadakan pada program hari ini.

 ?? ?? PEMERIKSAA­N: Orang ramai menjalani saringan kesihatan semasa program di Pusat Komersial Taman Rajang, semalam.
PEMERIKSAA­N: Orang ramai menjalani saringan kesihatan semasa program di Pusat Komersial Taman Rajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia