Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja-kerja penyambung­an Jambatan Bintulu-Jepak berjalan lancar

- BINTULU:Impianpend­uduk

Bintulu untuk melihat Jambatan Bintulu-Jepak siap akan menjadi kenyataan pada tahun ini susulan kerja-kerja penyambung­an jambatan tersebut merentasi kuala Sungai Kemena sedang giat dijalankan.

Projek jambatan sepanjang satu kilometer (km) yang menelan belanja RM466 juta itu bukan sahaja akan memendekka­n laluan perjalanan ke bandar Bintulu, bahkan menjadi antara mercu tanda yang mampu menjadi daya tarikan pelancong.

“Alhamdulil­ah saya melihat dari pesawat yang saya naiki (ke Bintulu untuk menghadiri Majlis RamahTamah Aidilfitri kelmarin) tidak lama lagi jambatan ini akan bersambung.

“Jambatan yang begitu cantik rekaannya, sebelum ini saya ada memberitah­u mungkin Bintulu akan mempunyai jambatan seakan menyerupai Jambatan San Francisco, hari ini kita dapat melihatnya (telah menjadi kenyataan),” kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memperakui reka bentuk menarik jambatan itu.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian Majlis RamahTamah Aidilfitri Bersama YAB Premier anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang dihadiri lebih 5,000 penduduk pelbagai kaum di Naim Street Mall Bintulu Paragon kelmarin.

Dengan melengkapk­an kemudahan jambatan itu Abang Johari berkata, Bintulu akan terus membangun dengan prasarana termoden.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengumumka­n mengenai perkembang­an terbaharu projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak di Kuala Kemena yang mencapai 74.18 peratus setakat Februari, sekali gus menyasarka­n penyiapann­ya pada Oktober tahun sama.

Beberapa kelebihan besar dari segi sosioekono­mi akan dinikmati apabila siapnya jambatan tersebut.

Bukanhanya­memendekka­n perjalanan laluan pesisir dari Lapangan Terbang Bintulu ke bandar Bintulu daripada 22km pada masa ini berbanding jalan sedia ada menerusi laluan Jalan Bintulu-Sibu, bahkan siapnya jambatan ini menjadikan perjalanan hanya sepanjang 6.4km.

Pusat Pentadbira­n Bahagian Bintulu berdekatan dengan jambatan itu juga turut dibina yang akan membantu mempercepa­t pembanguna­n kawasan Jepak dan memberi perkhidmat­an lebih cekap untuk 250,000 penduduk di Bintulu, pemangkin pelaburan di Tanjung Kidurong serta Taman Perindustr­ian Samalaju (SIP).

Jambatan BintuluJep­ak turut memendekka­n perjalanan laluan pesisir Jepak ke Kuala Tatau, Serupai, Balingian hingga ke Bahagian Mukah, serta menyediaka­n daya tarikan unik kemudahann­ya untuk menyaksika­n panorama dari atas menara jambatan itu.

Ini kerana jambatan kabel kekal ini turut dibina lif menegak pada bahagian menara menghala ke bandar serta akan dipasang dengan lampu hiasan secara seragam.

Jalan berkembar dua lorong bagi menghubung­kan Lapangan Terbang Bintulu dan Pusat Pentadbira­n Bersepadu (IAC) Bintulu sepanjang 4.2 kilometer dan IAC pula turut dijadual siap pada Oktober 2024 menempatka­n semua jabatan kerajaan di Bintulu.

Kemudahan jambatan dan pusat pentadbira­n termasuk pembinaan jalan raya pesisir itu yang dibiayai kerajaan Sarawak wajar disyukuri nikmatnya dan dihargai dalam memenuhi keperluan rakyat bukan sahaja untuk kawasan Bintulu termasuk Jepak bahkan pastinya akan turut sama dinikmati rakyat di luar kawasan bandar itu.

Justeru Jambatan BintuluJep­ak yang dibina itu di

samping menyediaka­n jarak perjalanan dan masa yang singkat dari Jepak ke pusat bandar, ia juga membawa impak ekonomi kepada projek pembanguna­n lain, meningkatk­an aktiviti

sosioekono­mi, pelanconga­n dan sebagainya.

Pembinaan jambatan tersebut yang berkos RM466,679,497 melalui beberapa fasa sukar pada tahun kedua selepas pelancaran­nya merupakan hadiah Kerajaan Sarawak kepada penduduk Bintulu yang diumumkan Abang Johari semasa sambutan Hari Sarawak di Bintulu pada 22 Julai 2019.

 ?? — Gambar Unit Komunikasi Korporat JKR Sarawak ?? DALAM PEMBINAAN: Jambatan Bintulu-Jepak.
— Gambar Unit Komunikasi Korporat JKR Sarawak DALAM PEMBINAAN: Jambatan Bintulu-Jepak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia