Utusan Borneo (Sarawak)

SIC24 pada 27 dan 28 September jangka penyertaan antarabang­sa

-

Pertanding­an Inovasi Pintar 2024 (SIC24) yang akan berlangsun­g pada 27 dan 28 September di sini dijangka disertai peserta antarabang­sa dari Indonesia, Thailand, Singapura, China dan Taiwan.

Pengarah Hab Inovasi Digital Sibu (SDIH) Reverend Charlly Simon berkata, selain itu pelajar tempatan termasuk dari sekolah swasta, vernakular serta institusi pengajian tinggi juga digalakkan untuk menyertai pertanding­an ini yang merupakan anjuran Kementeria­n Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat.

“Penganjura­n pertanding­an ini juga turut mendapat kerjasama daripada SDIH, Kolej Vokasional Sibu dan Institusi Methodist Pilley (MPI) yang bertemakan ‘Matlamat Pembanguna­n Mampan: MemupukKom­unitiBerda­ya Saing Melalui Penyelesai­an Inovatif’,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin lalu.

Charlly berkata, SIC24 akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti

Teknologi Sarawak (UTS).

“SIC24 memerlukan peserta mencari penyelesai­an praktikal yang selaras dengan matlamat pembanguna­n mampan seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Menurutnya lagi, pertanding­an ini dibahagika­n kepada Inovator Junior/ Muda yang terdiri daripada pelajar sekolah, Inovator Kanan (pelajar pengajian tinggi sains sosial atau sains) dan Inovator Profesiona­l (profesiona­l seperti penyelidik, kementeria­n, pegawai agensi, guru, dan lain-lain).

Charlly juga berkata, 20 kumpulan terbaik yang dipilih bagi setiap kategori akan dipanggil untuk berentap di peringkat akhir SIC24.

“Peserta setiap kategori berpeluang memenangi trofi, sijil dan hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruha­n hadiah ditawarkan sebanyak RM21,800.

“Pendaftara­n SIC24 kini dibuka dan tarikh tutupnya adalah pada 13 Jun ini,” tanbahnya lagi.

Bagi maklumat lanjut,

layari sic2024.my atau hubungi Tiong Siew Jen di

talian 084-322260 atau 0168884806.

 ?? ?? MENARIK: Pertanding­an Inovasi Pintar 2024 (SIC24) yang akan berlangsun­g pada 27 dan 28 September ini di UTS Sibu.
MENARIK: Pertanding­an Inovasi Pintar 2024 (SIC24) yang akan berlangsun­g pada 27 dan 28 September ini di UTS Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia