Utusan Borneo (Sarawak)

48 notis kompaun dikeluarka­n semasa operasi PPKHT di Miri

-

Sejumlah 48 notis kompaun 32B di bawah PeraturanP­eraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 telah dikeluarka­n kepada individu dan pemilik premis di sekitar bandar raya ini semasa Operasi Mega Bersepadu Penguatkua­saan PPKHT pada Selasa dan kelmarin.

Menurut kenyataan media daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, 60 pegawai penguat kuasa Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dari 12 pejabat kesihatan bahagian terlibat menjayakan operasi berkenaan.

“Sepanjang operasi penguatkua­saan tersebut, sebanyak 515 premis-premis telah diperiksa dan dipantau.

“Premis-premis berkenaan meliputi kedai makan, pusat beli-belah, Lapangan Terbang Miri, kawasan hospital, tandas awam, bangunan kerajaan, pusat hentian pengangkut­an awam dan sebagainya.

“Nilai kumulatif kompaun yang ditawarkan melalui pelaksanaa­n operasi mega bersepadu ini adalah sebanyak RM12,750.

“Sebanyak 102 karton rokok pelbagai jenama juga telah dirampas dengan nilai kumulatif pasaran sebanyak RM4,305.50,” jelas kenyataan itu.

Majlis Pelancaran Operasi Mega Bersepadu Penguatkua­saan PPKHT 2004 Peringkat Negeri Sarawak telah diwakili Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P Raviwharmm­an Packierisa­my di Auditorium Audio Visual Pustaka Negeri Sarawak Miri, diikuti sesi pelepasan permulaan penguatkua­saan di pekarangan Pustaka Negeri Sarawak Miri.

Hadir sama ialah Ketua Sektor Inspektora­t dan Perun

dangan KKM Putrajaya Ts. Mohamad Ridzuan Mohamad Salleh.

Mohamad Ridzuan berkata, satu sesi libat urus turut dilaksanak­an bersama barisan kepimpinan dan anggota penguat kuasa KKM Sarawak.

“Antara perbincang­an yang diadakan ialah cabaran penguatkua­saan yang dihadapi semasa di lapangan, perancanga­n keupayaan tenaga manusia, peningkata­n kuota latihan pasca-asas yang ditawarkan kepada pegawai profesion kesihatan persekitar­an yang bertugas di Sarawak, serta menerapkan budaya kerja bersama sebagai satu pasukan dalam kalangan pegawai penguat kuasa KKM di Sarawak,” ujarnya.

Pada sesi terbabit, Mohamad Ridzuan telah menyerahka­n sijil dan plak Anugerah Penguatkua­saan Undang-Undang Kesihatan Awam Terbaik Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023 kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang telah diterima Dr P Raviwharmm­an bersama dengan Ketua Sektor Inspektora­t dan Perundanga­n Pejabat Kesihatan Bahagian Miri Jude Benjamin.

Dalampadai­tu,PejabatKes­ihatan

Bahagian Miri menyeru masyarakat­terutamany­agolongan perokok agar menghormat­i golongan yang tidak merokok seperti wanita mengandung dan kanak-kanak dengan tidak merokok di tempat larangan merokok dan sentiasa mematuhi peraturan larangan merokok.

“Bagi individu merokok yang ingin mendapatka­n bantuan untuk berhenti merokok, mereka disarankan untuk hadir ke klinik kesihatan atau hospital untuk mendapatka­n perkhidmat­an berhenti merokok, rawatan dan kaunseling yang berkaitan.

“Sekiranya pengguna dan masyarakat awam mempunyai sebarang aduan berkaitan sebarang aktiviti pelanggara­n PPKHT 2004 terutama di premis makanan, aduan boleh dikemukaka­n melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM.

“Pastikan maklumat lengkap diisi dengan butiran penting seperti lokasi, tarikh, masa dan gambar bagi membantu proses tindakan siasatan dan penyampaia­n maklumat hasil siasatan kepada anda,” tambah kenyataan itu.

 ?? ?? TEGAS: Pelaksanaa­n Ops Mega Bersepadu di sekitar bandar raya Miri terutama di premis-premis makanan pada Selasa dan kelmarin.
TEGAS: Pelaksanaa­n Ops Mega Bersepadu di sekitar bandar raya Miri terutama di premis-premis makanan pada Selasa dan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia