Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan dibuka untuk Pertanding­an Kumang Gawai Dayak Sibu 2024, 25 Mei

-

Gadis-gadis Dayak yang masih belum berkahwin dan berusia 18 hingga 30 tahun dipelawa untuk menyertai Pertanding­an Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 pada 25 Mei ini.

Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu Angelyn Uchi Maseng berkata, selain itu peserta hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 2 inci untuk melayakkan mereka menyertai pertanding­an yang akan diadakan di Tingkat 6, Hotel Kingwood di sini.

“Sejumlah RM14,600 hadiah wang tunai ditawarkan untuk pertanding­an kali ini.

“Pertanding­an ini adalah acara tumpuan Majlis Makan Malam Sambutan Pra-Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, majlis makan itu adalah anjuran bersama oleh Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, SIDS Sibu, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu.

Sementara itu kata Uchi, Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 akan membawa pulang

RM4,000 berserta mahkota, selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan, manakala Lulong (naib johan) akan menerima RM3,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

“Selinggar Matahari (tempat ketiga) akan memenangi RM2,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

“Pemenang di tempat keempat hingga ke-10 masing-masing akan membawa pulang RM800 dan sijil penyertaan sebagai hadiah sagu hati,” katanya.

Beliau memberitah­u, yuran penyertaan RM50 dikenakan untuk setiap peserta dan tidak akan dikembalik­an sekiranya mana-mana peserta yang sudah mengesahka­n penyertaan menarik diri.

“Peserta akan dikehendak­i berentap di pusingan saringan sekiranya peserta melebihi 10 orang.

“Tarikh tutup pertanding­an adalah pada 15 Mei 2024 jam 5 petang,” tambahnya lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut dan borang pertanding­an boleh dibuat dengan menghubung­i Senorita Salleh di talian 013-8061265 atau Claudia Dieo (0146526083).

 ?? ?? MENCARI JELITAWAN: Pertanding­an Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 pada 25 Mei ini.
MENCARI JELITAWAN: Pertanding­an Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 pada 25 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia