Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh jejas penduduk di Sungai Jikang dan Julau

-

Hujan berterusan dipercayai mengakibat­kan kejadian tanah runtuh masing-masing di Sungai Jikang dekat sini dan di Julau, kelmarin.

Dalam kejadian pertama, dua keluarga di Rumah Amas, Sungai Jikang terjejas susulan kejadian tanah runtuh di belakang rumah mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 pagi kelmarin.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, dua anggota bomba telah dikerahkan ke rumah panjang tersebut yang terletak kira-kira 40 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati tanah runtuh menjejaska­n dua bilik di rumah panjang berkenaan iaitu bilik nombor 11 dan 12.

“Kejadian itu turut menyebabka­n bilik nombor 12 terputus bekalan elektrik,” kata Nicholas kepada media, kelmarin.

Menurutnya, dua bilik yang terjejas didiami oleh 11 penghuni dari dua keluarga.

Namun demikian kata Nicholas, tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku.

“Hasil pemantauan, tanah runtuh berisiko berulang jika hujan lebat turun berterusan.

“Justeru, pihak bomba menasihatk­an agar penduduk sentiasa berwaspada dan memasang tali sawar-sawar di lokasi runtuhan sebagai tanda amaran,” jelas Nicholas lagi.

Dalam kejadian kedua di Julau, sebuah keluarga yang tinggal di kawasan Serau Lijan turut berdepan kejadian tanah runtuh yang berlaku di bahagian tepi rumah mereka.

Nicholas berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.33 pagi kelmarin.

“Sejurus itu, dua anggota bomba digerakkan ke rumah pengadu yang terletak kirakira 62 kilometer dari balai.

“Ketika sampai di lokasi, anggota bomba mendapati tanah runtuh berlaku kira-kira lima meter dari tepi rumah pengadu dan turut merosakkan dua reban ayam milik pengadu.

“Selain itu, sistem pembetunga­n dan parit jalan yang terletak di bahagian bawah lokasi runtuhan tersumbat,” kata Nicholas kepada media kelmarin.

Menurunya, kejadian itu jika berterusan berisiko mangakibat­kan hakisan dan runtuhan pada jalan utama di lokasi terbabit iaitu Jalan Julau Engkamop.

Susulan itu katanya, anggota bomba turut memasang tali sawar sawar bagi tujuan keselamata­n.

“Pihak bomba juga mendapati struktur tanah di kawasan itu masih tidak stabil dan berisiko untuk runtuh lagi.

“Pengadu dinasihat agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan sekeliling, membuat laporan kepada pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ), Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Julau, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pejabat Daerah Julau dan agensi berkaitan lain bagi tujuan mendapatka­n bantuan,” ujar Nicholas.

 ?? ?? BERBAHAYA: Keadaan tanah runtuh yang menjejaska­n sebuah rumah di kawasan Serau Lijan, Julau kelmarin.
BERBAHAYA: Keadaan tanah runtuh yang menjejaska­n sebuah rumah di kawasan Serau Lijan, Julau kelmarin.
 ?? ?? PANTAU: Anggota bomba melakukan pemantauan ke atas tanah runtuh di Rumah Amas, Sungai Jikang kelmarin.
PANTAU: Anggota bomba melakukan pemantauan ke atas tanah runtuh di Rumah Amas, Sungai Jikang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia