Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Ulu hos sambutan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Miri

Majlis dijadual pada 21 Mei di Eastwood Valley Golf & Country Club

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Untuk majlis kali ini, pihak kami menyasarka­n kehadiran 800 tetamu dan tiket jualan akan diedarkan untuk dijual.

MIRI: Sambutan perayaan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Miri kembali lagi tahun ini dengan masyarakat Orang Ulu sebagai tuan rumah.

Timbalan Pengerusi Penganjur Usat Bilong pada sidang media semalam berkata, dua program utama akan menjadi acara kemuncak bagi sambutan Gawai Dayak tahun ini.

“Dua acara berkenaan ialah majlis makan malam Gawai Dayak dan pertanding­an pentas akhir Keligit Orang Ulu, Dayung Sangon, Kumang Iban dan KelingBela­wan 2024.

“Untuk kedua-dua acara tersebut, ia akan berlangsun­g di Eastwood Valley Golf & Country Club pada 21 Mei depan,” ujarnya.

Usat yang juga Pengerusi Persatuan Masyarakat Saban Miri Sarawak (PMSS) memberitah­u, PMSS telah diamanahka­n untuk mengendali­kan penganjura­n perayaan Gawai Dayak Peringkat Miri

tahun ini.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau merupakan pengerusi penganjur.

Jelas Usat, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah dijangka hadir sebagai tetamu kehormat sekali gus merasmikan majlis terbabit.

“Untuk majlis kali ini, pihak kami menyasarka­n kehadiran 800 tetamu dan tiket jualan akan diedarkan untuk dijual,” katanya.

Menurut Usat, mereka yang ingin membeli tiket berkenaan boleh menghubung­i bendahari penganjur Caroline

Siburat menerusi talian 012851 8938.

Tiket semeja sepuluh orang boleh didapati dengan harga RM750, RM1,000 dan RM2,000.

“Selain itu, kami juga mengalu-alukan penyertaan belia wanita dalam pertanding­an Keligit Orang Ulu, Dayung Sangon dan Kumang Iban yang dibuka untuk mereka yang berumur 18 tahun hingga 28 tahun.

“Manakala untuk penyertaan Belawan-Keling dibuka kepada belia lelaki bujang Dayak dan Orang Ulu berumur 18 hingga 30 tahun.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Mei 2024

Usat Bilong Timbalan pengerusi penganjur

sebelum jam 7 malam,” tambahnya.

Mereka yang berminat untuk turut serta boleh menghubung­i pihak penganjur menerusi Loretta Herbert Madang (019-8360333), Kaunselor Romulus Charles Agan (019-8713484) untuk Keligit/Belawan Orang Ulu, Benika Angi (013-8401604), Leo Bundan (019-8898013) untuk Kumang/Keling Iban, manakalaba­giDayungSa­ngon boleh menghubung­i Caroline Siburat (012-8518938) bagi keterangan lanjut.

 ?? ?? SERTAI KAMI: Usat (duduk tengah) bersama Jawatankua­sa Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024 merakamkan kenangan pada sidang media di Miri, semalam.
SERTAI KAMI: Usat (duduk tengah) bersama Jawatankua­sa Perayaan Gawai Bahagian Miri 2024 merakamkan kenangan pada sidang media di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia