Utusan Borneo (Sarawak)

7,000 nanas SG1 ladang rintis di Miri dieksport ke Semenanjun­g

Ia adalah hasil tanaman TG Agro Fruit Sdn Bhd di Kampung Sg Tukau

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Sebanyak 7,000 biji buah nanas varieti baharu Sarawak Gold (SG1) seberat 10.5tanmetrik­akandihant­ar ke Semenanjun­g Malaysia dari ladang TG Agro Fruit Sdn Bhd, Kampung Sungai Tukau dekat sini.

Pengerusi Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, buah itu akan diletakkan di dalam kontena sejuk bersaiz 20 kaki dengan suhu terkawal dan akan dihantar ke Johor Bahru pada Sabtu ini.

Kontena dijangka tiba di Pelabuhan Pasir Gudang pada penghujung bulan ini membabitka­n tempoh perjalanan selama dua minggu.

Umar berkata, ladanglada­ng nanas SG1 di Sungai Tukau yang seluas 200 ekar terletak lebih 12 kilometer dari pusat bandar raya dan merintis penanaman, pengembang­an tanaman dan pengeluara­n hasil buah nanas SG1.

Beliau yang ditemani Pengarah LPNM Negeri Sarawak Mohammad Suffian Sahmat telah mengadakan lawatan di ladang itu semalam.

Menurutnya, Bahagian Pembanguna­n Pemasaran LPNM dengan kerjasama Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang melakukan pemerhatia­n dan penilaian kualiti untuk melihat ketahanan dan kebolehpas­aran nanas SG1 dari ladang tersebut.

Di samping itu, lawatan kerjaterse­butturutme­nerokai kepelbagai­an penggunaan produk nanas SG1.

Buah itu akan diedarkan kepada pengusaha sektor pemprosesa­n nanas kaleng, segar dan industri di Semenanjun­g.

“Kita akan melakukan

pemerhatia­n dan percubaan untuk melihat sejauh mana ketahanan SG1 ini boleh bertahan dalam bilik sejuk ataupun sewaktu penghantar­an dan tujuan untuk eksport ke luar negara,” jelasnya.

Menurut Sheikh Umar, ketika ini permintaan terhadap buah nanas tempatan dari negara-negara luar semakin tinggi.

Bagaimanap­un, negara hanya mampu mengeluark­an lebih 800 kontena nanas berbanding permintaan eksport antarabang­sa lebih kurang 4,000 kontena.

Beliau melihat nanas SG1 boleh menyumbang kepada peningkata­n bekalan eksport nanas kerana beberapa kelebihan varieti SG1 iaitu tempoh penuaian yang singkat iaitu sembilan bulan serta kepadatan penanaman sehingga 22,000 pokok dalam satu ekar yang melipatgan­dakan pengeluara­n.

“SG1 satu varieti yang agak unik kerana ada beberapa kelebihan tidak ada pada nanas yang lain, antaranya bentuknya, jambul lebih kecil dan ini sangat sesuai untuk tujuan eksport,” jelasnya.

Sheikh Umar memberitah­u, LPNM mengikuti dan membimbing teliti perkembang­an varieti SG1 di sini sejak awal 2022.

Pada 2021, sulur nanas mula dikembangk­an dan ditanam berperingk­at secara komersial di Ladang Nanas Sungai Tukau di tanah berkeluasa­n 10 hektar oleh Syarikat TG Agro Fruits Sdn Bhd yang merupakan usahawan bimbingan yang berdaftar di bawah LPNM Negeri Sarawak.

Satu sesi penyediaan bagi tujuan pemerhatia­n eksport buah nanas SG1 ke Semenanjun­g telah dilakukan semasa lawatan itu.

Hadir sama Pengarah Urusan TG Agro Fruit Sdn Bhd Dato Yap Foot Loy dan Ahli Lembaga Pengarah Peladang Ning Sdn Bhd Ali Yusup Suaal.

“Kita akan melakukan pemerhatia­n dan percubaan untuk melihat sejauh mana ketahanan SG1 ini boleh bertahan dalam bilik sejuk ataupun sewaktu penghantar­an dan tujuan untuk eksport negara.” ke luar Sheikh Umar Bagharib Ali Pengerusi LPNM

 ?? ?? BERHASIL: (Dari depan) Sheikh Umar, Yap, Suffian dan Ali Yusup ketika melawat ladang nanas SG1 di TG Agro Fruit Sdn Bhd di Kampung Sungai Tukau, semalam.
BERHASIL: (Dari depan) Sheikh Umar, Yap, Suffian dan Ali Yusup ketika melawat ladang nanas SG1 di TG Agro Fruit Sdn Bhd di Kampung Sungai Tukau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia