Utusan Borneo (Sarawak)

Kemalangan maut dua beranak, DAP sedia tawar khidmat nasihat guaman

-

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman bagi mengkaji kejadian kemalangan maut di Jalan Airport, di sini Selasa lalu yang mengorbank­an nyawa seorang bapa dan anak lelakinya serta mengambil kes ini bagi meneruskan tindakan sivil terhadap pihak berkuasa jika dikehendak­i oleh keluarga.

Setiausaha­nya Alan Ling berkata, beliau mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa dan berpendapa­t langkah keselamata­n yang digunapaka­ikontrakto­rdalam kejadian ini berkemungk­inan kurang dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Saya menyeru polis untuk menyiasat dengan teliti dan mendedahka­n laporan siasatan kepada umum kerana kemalangan menyedihka­n ini melibatkan pengguna jalan raya.

“Jikakeluar­gamemerluk­an, DAP Sarawak bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman untuk mengkaji kes ini dan mengambil kes ini untuk meneruskan tindakan sivil terhadap pihak berkuasa,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kemalangan maut itu.

Menurut Ling, Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempunyai liabiliti wakil dan perlu memikul tanggungja­wab jika terbukti bahawa amalan kontraktor mereka tidak mencapai piawaian yang diperlukan.

“Sebarang papan tanda yang diletakkan kenderaan di jalan awam bukan sahaja mesti kelihatan tetapi dalam jarak penampakan yang selamat dan ini adalah wajar agar pengguna jalan raya dapat berhati-hati dengan objek tersebut.

“Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja cuai tetapi juga boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada kemalangan maut seperti yang berlaku pada Selasa lalu yang telah meragut dua nyawa berharga,” ujarnya.

Ling yang juga seorang peguam menyeru semua kontraktor supaya mempunyai kesedaran keselamata­n yang lebih tinggi ketika menjalanka­n kerja-kerja dan bukannya memandang aspek keselamata­n secara sambil lewa.

Terdahulu, kemalangan yang berlaku sekitar jam

2.47 petang pada Selasa itu mengakibat­kan pemandu SUV, Mohd Firdauz Chemat, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya Rizq Aqil, 12, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri awal pagi semalam.

Sementara itu, menurut kenyataan media MBM pada Selasa, kontraktor majlis itu melakukan tugas rutin hariannya di Jalan Airport apabila sebuah kereta merempuh lori kontraktor berkenaan.

 ?? ?? PERUNTUKAN: Rose menyerahka­n kunci jentera kepada Mujan pada majlis ringkas di Marudi, semalam.
PERUNTUKAN: Rose menyerahka­n kunci jentera kepada Mujan pada majlis ringkas di Marudi, semalam.
 ?? ?? LING
LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia