Utusan Borneo (Sarawak)

LCDA akan laksana beberapa projek di daerah Selidu-Gedong

-

Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) akan melaksanak­an beberapa projek pembanguna­n di daerah Selidu-Gedong, Simunjan dekat sini dalam usaha melonjakka­n lagi kegiatan ekonomi di situ.

Projek infrastruk­tur yang dibangunka­n di Blok 8 Kawasan Daerah SediluGedo­ng, Simunjan itu meliputi medan selera, kotej industri dan pasar tamu serta kerja-kerja infrastruk­tur dengan kos berjumlah RM16.3 juta.

Majlis simbolik penyerahan tapak projek-projek berkenaan berlangsun­g semalam di Simunjan menyaksika­n Pemangku Pengurus LCDA (selaku agensi pelaksana) Kusyairi Bostani menyerahka­n tapak projek-projek kepada wakil syarikat kontraktor Kejurutera­an Janje Sdn Bhd, Valeria Megumi Lainus.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris dan Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee serta Setiausaha Majlis Daerah Simunjan Mohd Rizal

Zakaria dan wakil Pegawai Daerah Simunjan Mohd Raili Jawawi.

Menurut kenyataan dikeluarka­n LCDA semalam, projek itu dimulakan pada 15 April lalu dan dijangka siap pada suku kedua 2025.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada pembanguna­n komersial di Simunjan iaitu dalam Pakej A. Manakala, untuk Pakej B yang melibatkan pembinaan 10 unit rumah kedai dua tingkat dan 10 unit kedai mini dua tingkat akan dimulakan

pada suku keempat tahun ini.

“Selain pembanguna­n komersial, LCDA juga akan melaksanak­an projek pembanguna­n perumahan dan dewan serbaguna yang masih dalam peringkat akhir proses reka bentuk untuk kelulusan,” kata LCDA.

LCDA menambah, pelaksajaa­n projek itu akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n pekan Simunjan yang bakal melonjakka­n kegiatan ekonomi kawasan terbabit

dan sekitarnya serta memberi peluang kepada usahawan tempatan memiliki premis perniagaan.

Mengenai projek pembanguna­nperumahan­dandewan serbaguna di situ, LCDA berkata projek berkenaan akan dibangunka­n di atas tapak seluas 8.68 ekar.

Cadangan projek itu melibatkan 31 unit rumah sesebuah (870 kaki persegi seunit), dewan serbaguna (5,020 kaki persegi) dan kerja-kerja infrastruk­tur (jalan raya, saliran, retikulasi air).

 ?? — Gambar UKAS ?? TELITI: (Dari dua kanan) Kusyairi, Rodiyah dan Awla serta yang lain melihat dokumen cadangan projek semasa majlis penyerahan tapak projek di Simunjan, semalam.
— Gambar UKAS TELITI: (Dari dua kanan) Kusyairi, Rodiyah dan Awla serta yang lain melihat dokumen cadangan projek semasa majlis penyerahan tapak projek di Simunjan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia