Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik: Duta Turkiye

-

Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembang­kan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.

Beliau berkata, ini berdasarka­n sumber dan iklim perniagaan di Sarawak yang dilihat boleh memberi peluang untuk Turkiye menjalin kerjasama yang mampu membuahkan hasil.

“Saya fikir ia bakal menjadi masa yang sesuai memandangk­an selepas COVID-19 (pandemik), semua orang mencari peluang perniagaan di negara yang berbeza. Saya fikir Sarawak boleh menjadi rakan niaga yang sangat baik untuk perniagaan di Turkiye,” katanya.

Bercakapke­padapember­ita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Yang diPertua Negeri Sarawak Tun

Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri di sini semalam, Emir Salim berkata lawatan ke Sarawak semalam adalah yang kedua sejak menjadi Duta Turkiye.

“Saya sangat gembira berada di Sarawak sekali lagi, saya pernah melawat Sarawak pada September (tahun lepas) semasa Hari Malaysia pada 16 September dan saya berpeluang melihat kekayaan serta keindahan Sarawak,” katanya.

Mengenai kunjungan hormat itu, beliau berkata mereka telah membincang­kan topik merangkumi perdaganga­n dan kerjasama bersama antara Turkiye dan Sarawak.

Duta itu berkata, beliau akan mengetuai delegasi yang bakalmenga­dakanperte­muan dengan pengurusan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan beberapa

organisasi perniagaan di negeri ini, hari ini.

“Apa yang saya cuba

usahakan ialah untuk menjalinka­n hubungan antara pihak berkuasa Sarawak dan

khususnya bagi golongan perniagaan,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Tun Wan Junaidi bertukar-tukar cenderamat­a dengan Emir Salim (kiri) semasa kunjungan hormat Duta Turkiye itu di Astana Negeri, semalam. Turut kelihatan, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi (kanan).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Tun Wan Junaidi bertukar-tukar cenderamat­a dengan Emir Salim (kiri) semasa kunjungan hormat Duta Turkiye itu di Astana Negeri, semalam. Turut kelihatan, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia