Utusan Borneo (Sarawak)

RM82 juta untuk laksana aktiviti, projek tingkat pendapatan penduduk Betong

-

Agensi Pembanguna­n Bahagian Betong (BDDA) memperuntu­kkan RM82 juta untuk aktiviti dan projek yangbertuj­uanmeningk­atkan pendapatan penduduk di bahagian itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagaimanap­un berkata hanya RM15.5 juta akan digunakan tahun ini bagi tujuan itu.

Uggah yang juga Pengerusi BDDA berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat dengan jawatankua­sa agromakana­n dan wakil Kementeria­n Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak, Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak, Pertubuhan Peladang dan lain-lain di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik, ADUN Beting Maro Razaili Gapur, ADUN Kalaka Mohamad Duri,

Setiausaha politik Premier Sarawak Roseline Mapong, Residen Betong Richard Micheal Abunawas dan Pegawai Tugas Khas BDDA Abang Mohamad Abang Turkey.

Uggah berkata, pertemuan itu bagi berbincang dengan pemain industri dalam mengenal pasti program dan projek yang berpotensi serta memperhalu­si proses pelaksanaa­n.

“Masa tidak menyebelah­i kita. Kita mengejar masa. Jadi kita berharap kita dapat melaksanak­an program

dan projek ini seperti yang dijadualka­n.

“Kami juga telah memutuskan untuk tidak membenarka­n prosedur birokrasi melambatka­n kami,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata penduduk Betong telah mengetahui tentang BDDA dan peruntukan pembanguna­n RM1.5 bilion.

“Mereka jelas mahu merasai kesan dan faedahnya tidak lama lagi. Kami tujuh wakil rakyat di kawasan agensi akan buat yang terbaik tetapi pada masa yang sama kami mahu semua orang memberikan kerjasama sepenuhnya,” tambahnya.

Mengenai program dan projek di bawah BDDA, Uggah menegaskan ia melibatkan bidang utama pertanian moden dan pelanconga­n.

Dalam bidang pertanian katanya,BDDAakanme­mberi tumpuan kepada kaedah pertanian moden seperti fertigasi dan hidroponik untuk sayur-sayuran serta buah-buahan.

BDDA juga akan mengusahak­an sektor penternaka­n seperti ayam organik, khinzir dan ternakan lembu dalam memajukan lagi Betong.

Menurut Uggah penyiapan Bebuling Stolport tahun depan akan membolehka­n produk makanan diangkut dengan segera ke destinasi pasaran.

Mengenai pelanconga­n, Uggah berkata bahagian itu juga mempunyai potensi untuk ditawarkan.

“Kita sudah

Pesta Layang-Layang Antarabang­sa Kabong, Pesta Ikan Buntal Spaoh dan Karnival Berbasikal Layar.

“Selain itu, kita mempunyai potensi ekopelanco­ngan melaluiban­yakrumahpa­njang tradisiona­l Iban manakala hutan asli yang ada akan menjadi sangat menarik untuk aktiviti meredah hutan, sistem ‘tagang’ (hidupan akuatik dan amalan pemulihara­an alam sekitar), program inap desa di rumah panjang dan kampung, budaya kita yang kaya dan berwarna-warni serta kraf tangan,” ujarnya.

Di Beladin pula katanya, aktiviti memancing di laut boleh diusahakan.

Uggah menambah kawasan Bukit Sadok, tempat perlindung­an terakhir Rentap nasionalis yang terkenal turut dibangunka­n.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan sejumlah RM16 juta untuk membina replika kubu Rentap di Bukit Sadok. Kami telah menghubung­i perunding untuk ini,” katanya.

 ?? ?? MESYUARAT: Uggah ketika mempengeru­sikan mesyuarat BDDA di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
MESYUARAT: Uggah ketika mempengeru­sikan mesyuarat BDDA di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia