Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n profil lada akan dilaksana tahun ini: MPB

Projek di bawah RMK12 itu adalah lebih khusus bagi menjejak wilayah atau kawasan penanaman asal lada, kata Vincent

- Oleh Jessica Jawing

SERIAN: Lembaga Lada Malaysia (MPB) akan melaksanak­an pembanguna­n profil lada atau profiling pada tahun ini yang lebih khusus bagi menjejak wilayah atau kawasan penanaman asal lada.

Ketua Pengarahny­a Vincent Sawat berkata, pelaksanaa­n profil lada itu merupakan antara 12 projek yang dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di mana kerajaan telah memperuntu­kkan RM22.9 juta pada tahun ini.

“Bagi kawasan Serian, sasaran bilangan pekebun yang terlibat di bawah projek profiling berkenaan adalah seramai 90 orang, dengan sasaran bilangan sampel yang akan diambil sebanyak 90 sampel seluruh Serian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Pemerkasaa­n Penggiat Industri Lada anjuran MPB yang disempurna­kan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Martin Ben di Dewan Babuk Barum, Kampung Bunan Gega/Punok di Tebedu dekat sini, semalam.

Vincent berkata, plot demo tiang alternatif PVC serta penanaman berkonsepk­an integrasij­ugatelahdi­tubuhkan di Kampung Lebor, Gedong di Serian.

Ia katanya, sebagai tapak untuk membimbing pekebun lada menggunaka­n tiang alternatif dan juga mengamalka­n penanaman yang mampu menjana pendapatan lebih tinggi.

Sementara itu, beliau berkata fokus MPB untuk tempoh RMK12 juga adalah menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi atau institusi berkaitan bagi melonjak daya saing sektor lada.

“Dalam tempoh 2022 sehingga sekarang, MPB telah menjalinka­n tujuh kerjasama dengan pelbagai organisasi kerajaan dan swasta serta institusi pengajian tinggi bagi melaksanak­an kerjasama dalam pelbagai bidang.

“Melalui kerjasama ini, MPBakanmem­berikomitm­en dengan memastikan pengeluara­n Lada Sarawak yang mampan dibekalkan oleh pengekspor­t lada bagi tujuan memenuhi permintaan dan kehendak syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau memaklumka­n bagi memudahkan golongan sasar seperti pekebun lada untuk memohon skim bantuan

Bagi kawasan Serian, sasaran bilangan pekebun yang terlibat di bawah projek profiling berkenaan adalah seramai 90 orang, dengan sasaran bilangan sampel yang akan diambil sebanyak 90 sampel seluruh Serian.

Vincent Sawat Ketua Pengarah MPB

tanaman lada dan memastikan golongan itu tidak tercicir, MPB turut membangunk­an Sistem Permohonan Bantuan Tanaman Lada secara dalam talian sejak 2023.

Sehubungan itu, Vincent menggesa pengusaha

tanaman lada termasuk di kawasan Serian yang belum menghantar permohonan bantuan untuk tahun 2024 agar berbuat demikian.

“Sama ada mengisi borang dan menghantar ke pejabat MPB Serian atau lebih mudah dan menjimatka­n masa dengan menghantar secara dalam talian.

“Saya minta Ketua Pejabat Cawangan dan Pegawai Pengembang­an MPB Serian untuk membantu para pekebun lada bagi urusan permohonan bantuan kerana kita hendak memastikan tiada pekebun lada tercicir daripada menerima manfaat kerajaan ini,” katanya.

Mengenai statistik tanaman lada dan penerima bantuan di kawasan Serian, beliau berkata sehingga Mac 2024, seramai 6,400 pekebun lada di kawasan Parlimen Serian yang berdaftar dengan MPB merangkumi keluasan dianggarka­n 1,280 hektar.

Manakala, pengeluara­n lada untuk Bahagian Serian dianggarka­n 6,400 metrik tan.

 ?? — Gambar Mohd Faisal Ahmad ?? TEKNOLOGI: Martin diberi taklimat mengenai aplikasi MPB semasa melawat pameran yang diadakan sempena program tersebut. Turut kelihatan Vincent (kanan).
— Gambar Mohd Faisal Ahmad TEKNOLOGI: Martin diberi taklimat mengenai aplikasi MPB semasa melawat pameran yang diadakan sempena program tersebut. Turut kelihatan Vincent (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia