Utusan Borneo (Sarawak)

Penangan letusan Gunung Ruang

-

4

Dari Muka 1

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong menggesa pihak pengurusan LTAK untuk mengambil inisiatif dalam menyalurka­n maklumat kepada para penumpang mengenai sebarang pembatalan atau perubahan membabitka­n penerbanga­n supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Yongyangdi­temuidiLTA­K dan turut terjejas dengan pembatalan penerbanga­n semalam berkata, beliau telah berada di LTAK lebih kurang 10 minit namun tidak mendengar sebarang pengumuman daripada pihak pengurusan.

Orang ramai katanya, tertanya-tanya dan cuba mengetahui perkara yang berlaku, selain berasa hairan kerana tiada sebarang pengumuman dibuat.

“Justeru, saya berharap agar pihak LTAK mengumumka­n (mengenai sebarang perubahan penerbanga­n) daripada terus berdiam diri.

“Pihak pengurusan boleh meneliti perkara ini dan membuat pengumuman lebih kerap untuk pengetahua­n orang ramai, apatah lagi apabila mengambil kira bahawa setiap penumpang mungkin tiba di lapangan terbang pada masa yang berbeza,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, setakat jam 4 petang semalam, AirAsia mengumumka­n bahawa mereka telah memulihkan 19 penerbanga­n antara Sarawak, Semenanjun­g Malaysia dan Singapura untuk 18 April 2024 dan semua penerbanga­n tersebut akan terbang mulai 7 malam tadi.

Penerbanga­n ke Sabah dan Miri bagaimanap­un tiada dalam senarai penerbanga­n yang dikembalik­an semula oleh AirAsia.

Manakala, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata pihaknya membatalka­n sejumlah lapan penerbanga­n dari/ke Sarawak pada 18 April 2024, membabitka­n perjalanan dua hala masing-masing dari Kuala Lumpur ke Kuching (empat penerbanga­n), Kuala Lumpur ke Miri dan Kuala Lumpur ke Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia