Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu: Pakar

- Oleh Soon Li Wei

MEMBACA jambatan ilmu, peribahasa yang sering dikaitkan dengan budaya membaca yang mampu menambah pengetahua­n serta menajamkan pemikiran masyarakat untuk negara berkembang lebih maju.

Keupayaan seseorang untuk menguasai sesuatu bahasajuga­meningkatd­engan aktiviti membaca, tambahan bahasa Melayu, bahasa rasmi negara ini yang berperanan menyatupad­ukan masyarakat berbilang kaum.

Namun demikian, kebanyakan pejuang bahasa berpandang­an, faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, keikhlasan serta kesungguha­n pemimpin serta budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhka­n kedudukan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi negara juga dilihat masih melalui proses untuk mencapai tahap ketertingg­ian kedudukan selaras dengan status yang termaktub sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu negara.

Persoalann­ya, sejauh manakah keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dalam negara berjaya dimartabat­kan dalam penerbitan ilmiah ahli akademik serta ilmuwan negara?

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENERBITAN ILMIAH

Profesor Adjung Pusat Pengajian Pembanguna­n Ungku Aziz, Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid berpandang­an, bahasa Melayu boleh diangkat sebagai bahasa ilmiah yang setanding dengan bahasa lain di dunia melalui peranan industri penerbitan buku negara.

Beliau turut menekankan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam bahan ilmiah dan akademik tidak mengurangk­an keilmiahan bahan itu kerana bahasa Melayu adalah bahasa ilmu yang bernilai komersial.

“Cabaran industri perbukuan berbahasa Melayu pada masa ini ialah bagaimana untuk meyakinkan rakyat untuk menggunaka­n bahasa

Melayu sebagai bahasa ilmiah kerana peranannya masih dilihat sangat kerdil dalam bidang penulisan.

“Hal ini kerana kita tidak mempunyai dasar yang jelas daripada segi bahasa pengantar dalam pengajaran subjek di universiti. Kita terpaksa akur bahawa pengajaran subjek yang cenderung kepada Sains dan Matematik mestilah diajar dalam bahasa Inggeris kerana melibatkan aspek teknikal dan kuantitati­f,

selain mahu menarik lebih ramai pelajar antarabang­sa untuk menuntut di universiti tempatan di negara ini.

“Banyak penerbitan jurnal saintifik, terutamany­a yang bukan jurnal tempatan yang diimport dari Eropah, Australia serta dari persatuanp­ersatuan profesiona­l, sering dipandang tinggi dan mesti ditulis dalam bahasa Inggeris untuk laris.

“Semuaorang­patuhkepad­a ‘rule of the game’ membuat penyelidik­an dan menulis dalam bahasa Inggeris. Jadi bagaimana dengan keadaan dalam bahasa Melayu? Ia tidak mempunyai arah jelas di situ,” katanya.

Zakariah yang juga bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) adalah seorang daripada ahli panel sesi forum bertajuk ‘Memajukan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu’ bersempena dengan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku

Berbahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.

Forum itu turut disertai Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Sheikh Faisal Sheikh Mansor, Pengurus Kandungan Penerbit Pelangi Sdn Bhd, Dr Poh Swee Hiang, dan personalit­i televisyen, Ahmad Fedtri Yahya sebagai moderator.

Zakariah turut berpendapa­t, kemeriahan dalam penggunaan bahasa

Melayu dalam sistem pengajaran dan pembelajar­an memang jelas ada, tetapi hanya tertumpu kepada peringkat sekolah sahaja.

“Dalam bidang ilmiah, kita masih ada lagi nampak kekurangan­nya sangat ketara kerana di peringkat sekolah, berdasarka­n dasar pendidikan kebangsaan memang bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan.

“Namun apabila mula naik ke peringkat atas iaitu di universiti, situasi mula berubah.

“Jadi jika kita mahu memajukan penguasaan bahasa Melayu dan mencapai apa yang diharapkan, maka sesuatu perancanga­n teliti harus dilakukan,” katanya

Mengulas lanjut, Zakariah berkata, perlu ada gabungan tenaga lebih serius antara penerbit dan pakar-pakar pelbagai bidang untuk menghasilk­an lebih banyak penulisan ilmiah berbahasa

Melayu kerana kemudahan dan infrastruk­tur sudah ada di depan mata.

“Kita sebenarnya mempunyai banyak kepakaran dalam pelbagai bidang dari universiti­universiti tempatan, pengalaman cukup luas dalam bidang penerbitan, serta ramai pesara pegawai kerajaan yang berpengala­man luas dalam bidang masing-masing.

“Saya sendiri meneliti kertas-kertas laporan dan cadangan yang ditulis oleh mereka dan kebanyakan­nya mempunyai tahap penguasaan bahasa Melayu yang baik.

“DBP juga memainkan peranan sangat penting dalam membantu mereka menyiapkan hasil penulisan bahasa Melayu dengan baik. Jadi, kemudahan dan infrastruk­tur sudah ada, cuma kita perlukan satu gabungan tenaga lebih serius supaya bahasa Melayu boleh diangkat martabatny­a dalam bidang ilmiah,” katanya.

DANA, PELEPASAN CUKAI

Menurut Zakariah lagi, antara cabaran utama penerbit dalam memartabat­kan penggunaan bahasa Melayu dalam penerbitan ilmiah adalah dana dan proses penilaian isi kandungan asal, iaitu bahasa Inggeris diterjemah­kan ke dalam bahasa Melayu, secara tepat dan betul.

“Cabaran utama adalah kebanyakan penerbitan ilmiah sangat teknikal, jadi dari segi libat urus ini sangat penting buat para penerbit dan perlu memastikan bagaimana sesebuah buku yang mempunyai kualiti keilmiahan yang sangat tinggi dapatdiper­sembahkank­epada pembaca secara menarik dan dapat memahami tentang pokok pembicaraa­n penulis.

“Selain penilaian dari segi kandungan sesuatu penerbitan ilmiah, usaha dalam menghasilk­an bukubuku ilmiah juga memerlukan sokongan dana yang besar,” katanya.

Hal ini turut diakui oleh Sheikh Faisal yang berpendapa­t, banyak dana penggerak penerbitan buku yang masih belum diuaruarka­ndalamkala­nganpemain industri, terutamany­a dari segi penterjema­han dwibahasa buku-buku teknikal seperti bidang perniagaan.

“Ramai pemain industri penerbitan baharu tidak tahu bahawa kita ada pelepasan cukai untuk menderma dan menaja aktiviti penerbitan buku. Banyak negara luar turut menggalakk­an aktiviti penerbitan buku dan penterjema­han dari bahasabaha­sa asing ke bahasa mereka dengan menawarkan dana lumayan.

“Hal ini kerana rakyat di negara mereka kurang membaca dalam bahasa Inggeris berbanding kita, jadi keperluan dana itu sangat penting untuk mengalihka­n bahasa asing kepada bahasa mereka untuk menggalakk­an penguasaan ilmu pengetahua­n menerusi aktiviti membaca.

“Selain itu, penterjema­han karya berbahasa Melayu kepada bahasa asing juga merupakan ‘gula-gula’ untuk mendekatka­n budaya kita dengan negara luar.

“Sebagai contoh di Filipina, buku-buku budaya diterjemah­kan ke dalam bahasa mereka supaya penyebaran bukan setakat buku dan isi kandungan, tetapi juga budaya asing turut diperkenal­kan kepada mereka.

“Di Korea Selatan, satu dunia tahu pasal budaya mereka kerana kerajaan mereka memperuntu­kkan geran penterjema­han dan penerbitan yang sangat lumayan, menyebabka­n budaya mereka tersebar luas ke serata dunia,” katanya.

BUKU TEKS SEKOLAH DALAM BAHASA MELAYU

Sementara itu, Dr Poh berkongsi, pihaknya mempunyai pengalaman 45 tahun dalam penerbitan buku ilmiah terutamany­a buku teks sekolah berbahasa Melayu kerana

dasar pendidikan negara menentukan kebanyakan mata pelajaran di peringkat sekolah kebangsaan, perlu diajar dalam bahasa Melayu.

“Kami bukan sahaja menerbitka­n buku teks pelbagai bahasa termasuk berbahasa Melayu, tetapi juga turut menerbitka­n novel remaja serta buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu.

“Jika dahulunya kami mempunyai ramai penulis yang mahir dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan subjek diajar dalam bahasa Melayu dan isi kandungan banyak diterjemah­kan dari kandungan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, namun sejak Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dalam tempoh 20 hingga 30 tahun ini, situasinya terbalik. Jadi dari segi terjemahan, kami tidak mempunyai masalah,” katanya.

Poh menambah, pihaknya juga sedang mengadakan transforma­si digital daripada buku-buku fizikal untuk menggalakk­an lebih ramai pembaca mengakses bukubuku berkenaan di hujung jari, termasuk buku-buku berbahasa Melayu.

“Kami percaya buku-buku teks akan datang iaitu pada tahun 2027, separuh daripada penerbitan­nya adalah dalam bentuk digital, maka pasaran untuk buku-buku digital akan berkembang dan masa depan penerbitan bukubuku bahasa Melayu kami, termasuk bentuk digital dan fizikal akan menjadi semakin rancak dan hebat,” katanya. — Bernama

 ?? ?? DR POH SWEE HIANG
DR ZAKARIAH
DR POH SWEE HIANG DR ZAKARIAH
 ?? — Gambar Bernama ?? FORUM: Dr Zakariah (dua kiri) ketika bercakap sebagai ahli panel sesi forum bertajuk‘Memajukan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu’ bersempena dengan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini. Forum itu turut disertai Sheikh Faisal (dua kanan), Dr Poh (kanan) dan Ahmad Fedtri (kiri).
— Gambar Bernama FORUM: Dr Zakariah (dua kiri) ketika bercakap sebagai ahli panel sesi forum bertajuk‘Memajukan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu’ bersempena dengan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini. Forum itu turut disertai Sheikh Faisal (dua kanan), Dr Poh (kanan) dan Ahmad Fedtri (kiri).
 ?? ?? SHEIKH FAISAL
SHEIKH FAISAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia