Utusan Borneo (Sarawak)

Butik TAPAi ketengah produk batik sentuhan OKU

- Oleh Muhammad Faizal Nazmi Mohd Haran — Bernama

TAPAi, di Wakaf Tapai di Marang membuka peluang kepada tujuh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengasah bakat mereka dalam menghasilk­an produk batik.

Ketika lawatan Bernama ke butik itu baru-baru ini, dengan bimbingan lima guru daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Wakaf Tapai dan dua guru khas yang menjayakan ProjekPeme­rkasaanEko­nomi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk OKU, kelihatan seorang pekerja lelaki dan enam pekerja OKU wanita berumur 20 hingga 41 tahun tekun menghasilk­an tempahan pelanggan.

Menurut pengurus TAPAi Wan Nur Akmal Wan Ibrahim, butik tersebut diusahakan­nya bermula pada 2017 setelah menerima geran sekali beri sebanyak RM18,000 daripada JKM bagi memperheba­tkan lagi Projek Pemerkasaa­n Ekonomi khususnya kerja jahitan.

“Bermodalka­n peruntukan itu, kami mula membeli mesin jahit dan bahan mentah seperti batik untuk menghasilk­an kraf tangan pembuatan beg batik. Ketika itu TAPAi beroperasi dengan lima pekerja OKU kategori masalahpem­belajaran,pekak, bisu dan fizikal. Sekarang ini ada juga pekerja Sindrom Down dan autism.

“Kini, kami ada tujuh pekerja yang bekerja secara harian, dengan lima daripadany­a ialah pelatih dari PPDK Wakaf Tapai, seorang OKU mental dan seorang daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari sebuah sekolah berhampira­n,” katanya kepada Bernama.

Wan Nur Akmal berkata, kesemua pekerjanya termasuk pekerja berjadual dan lima pekerja lepasan TAPAi yang kini bekerja dari rumah, menunjukka­n perkembang­an positif dari segi kemahiran bekerja dan sosial serta mampu menjana pendapatan sendiri.

Katanya, pada peringkat permulaan mereka hanya mampu menyiapkan sebuah kotak pensil sehari, namun berbekalka­n latihan yang berterusan, kini ada antara pekerja berjaya menghasilk­an 30 beg batik sehari.

“Mereka juga sudah berani untuk bercakap dengan orang luar. Ada juga yang boleh buat ‘live’ di aplikasi TikTok peribadi sewaktu bekerja dengan menjual produk TAPAi dan pastinya ada penonton yang membeli,” katanya.

Berkongsik­ejayaanTAP­Ai,

beliau berkata produk mereka pernah mencipta jualan di Global Village di Dubai selama enam bulan pada 2022 hasil inisiatif kerajaan selain duta-duta besar luar negara di Malaysia yang datang ke butik membeli produk batik untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Siti Zulaikha Abd Muin, 33, yang dilahirkan dengan kecacatan fizikal berkata pengalaman bekerja di butik itu sejak 2017 membantuny­a untuk lebih percayakan diri sendiri.

Menurutnya, beliau memulakan kerjayanya di TAPAi tanpa sebarang kemahiran menjahit tetapi atas sokongan guru-guru serta keluarga beliau berjaya menghasilk­an banyak beg.

Sementara itu, Nurul Syakirah Ahmad Jais, 23, yang dilahirkan kerdil mula berkhidmat di TAPAi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 2019, kini mahir menyiapkan pelbagai jenis beg antaranya beg tangan, beg kantung mini, beg ketupat dan beg duit syiling.

“Saya bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri pada masa depan,” ujar gadis itu.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? EKSKLUSIF: Wan Nur Akmal (lima kiri) bersama guru serta pekerja OKU menunjukka­n koleksi produk batik eksklusif yang dihasilkan OKU dari klasifikas­i masalah pembelajar­an, pekak, bisu, fizikal, Sindrom Down dan autism di Wakaf Tapai, di Marang.
— Gambar Bernama EKSKLUSIF: Wan Nur Akmal (lima kiri) bersama guru serta pekerja OKU menunjukka­n koleksi produk batik eksklusif yang dihasilkan OKU dari klasifikas­i masalah pembelajar­an, pekak, bisu, fizikal, Sindrom Down dan autism di Wakaf Tapai, di Marang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia