Utusan Borneo (Sarawak)

28,531 calon UPKK 2023 raih 8A

88 peratus calon mencatat lulus keseluruha­n, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruha­n ialah 1.89 mata

-

PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatka­n keputusan cemerlang dengan memperoleh­i A dalam kesemua lapan mata pelajaran peperiksaa­n itu.

Mata pelajaran terbabit ialah Al-Quran, Ulum Syariah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Lughatul Quran, Penghayata­n Cara Hidup Islam serta Amali Solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata 88 peratus calon mencatat lulus keseluruha­n, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruha­n ialah 1.89 mata.

Beliau berkata kadar lulus bagi mata pelajaran Penghayata­n Cara Hidup Islam ialah 85.7 peratus, diikuti Amali Solat (85.3 peratus), Al-Quran (72.9 peratus), Adab (45.34 peratus), Jawi dan Khat (41.56 peratus), Sirah (30.45 peratus), Lughatul Quran (22.7 peratus) dan Ulum Syariah mencatatka­n 21.93 peratus.

“Suka saya nyatakan kemenjadia­n murid bukan diukur kepada jumlah bilangan A yang diperoleh tetapi melalui amalan dan cara hidup Islam yang boleh diaplikasi­kan dalam kehidupan.

“Harapan kami agar murid-murid yang mengikuti kelas KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) ini akan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

menjadi tonggak dan permata yang akan menyemarak­kan lagi syiar Islam pada masa akan datang,” katanya pada majlis pengumuman keputusan UPKK 2023 di sini semalam.

Beliau berkata seramai 230,587 daripada 233,776 calon yang mendaftar bagi menduduki UPPK 2023 telah hadir menduduki peperiksaa­n itu di 6,173 pusat peperiksaa­n, berbanding 234,931 calon pada 2022.

“Sepertiman­a peperiksaa­n lain, kehadiran tidak boleh dikawal. Tetapi, apa yang kita boleh buat adalah sentiasa beri kesedaran dan

penekanan kepada ibu bapa melalui penyelia di negeri untuk bertindak. Kita juga kena tambah baik kaedah pendaftara­n calon pada masa hadapan,” katanya.

Mohd Na’im berkata keputusan boleh disemak secara dalam talian di https://semakan.islam.gov. my dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar maklumat tahun peperiksaa­n, nombor MyKad dan angka giliran ke 15888.

Semakan boleh dibuat mulai semalam bermula jam 12 tengah hari manakala slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah masingmasi­ng hari ini (19 April) mulai 9.30 pagi. — Bernama

Harapan kami agar murid-murid yang mengikuti kelas KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) ini akan menjadi tonggak dan permata yang akan menyemarak­kan lagi syiar Islam pada masa akan datang.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

 ?? — Gambar Bernama ?? BAGUS: Mohd Na’im menunjukka­n Laporan Agregat Keseluruha­n Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) selepas mengumumka­n keputusan UPKK 2023 di Kompleks Islam Putrajaya, di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BAGUS: Mohd Na’im menunjukka­n Laporan Agregat Keseluruha­n Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) selepas mengumumka­n keputusan UPKK 2023 di Kompleks Islam Putrajaya, di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia