Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Rahman letak jawatan CEO Kumpulan CIMB setelah berkhidmat selama empat tahun

- Oleh Nurin Abdullah

CIMB Group Holdings Berhad (Kumpulan CIMB) mengumumka­n peletakan jawatan Datuk Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB pada 30 Jun 2024 selepas berkhidmat selama empat tahun sejak tahun 2020.

Mengikut kenyataan media, Kumpulan juga mengumumka­n bahawa untuk memudahkan peralihan, Datuk Mohd Nasir Ahmad yang pada asalnya akan bersara pada Julai 2024 akan kekai sebagai Pengerusi Kumpulan.

Beliau juga akan dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif mulai 20 Julai 2024 setelah menerima kelulusan pihak berkuasa mengenai pembaharua­n jawatan.

Datuk Mohd Nasir berkata Abdul Rahman telah melakukan tugasnya dengan cemerlang, memacu transforma­si CIMB di bawah pelan strategik Forward 23+ dan telah memainkan peranan yang penting dalam meletakkan CIMB pada kedudukan kukuh sebagai bank ASEAN terkemuka.

Beliau berkata bahawa di bawah kepimpinan Abdul Rahman, kumpulan telah mencatatka­n pertumbuha­n kukuh dalam prestasi kewangan, mengukuhka­n daya tahan operasi, mempercepa­tkan inisiatif digital, meningkatk­an tahap kemampanan dan juga membantu menyemai budaya CIMB yang kukuh.

“Bagi pihak lembaga pengarah, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada

Datuk Abdul Rahman atas segala sumbangann­ya kepada kumpulan dan kami mengucapka­n selamat maju jaya kepada beliau untuk masa hadapannya,” tambahnya.

Mengikut kenyataan dari Kumpulan CIMB, ia telah melaksanak­an pelan penggantia­n yang komprehens­if telah diaktifkan.

Kumpulan itu berkata bahawa setelah menerima kelulusan kawal selia, Lembaga Pengarah akan mengumumka­n Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group yang seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia