Utusan Borneo (Sarawak)

NSC2024 fokus kesiapsiag­aan negara hadapi IR 4.0

-

National Science Challenge (NSC) 2024 yang menawarkan pendekatan amali (hands-on) dan program mentor secara langsung oleh pakar akademia serta industri kepada pelajar sekolah, memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiag­aan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dalam kenyataan semalam berkata NSC 2024 anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) menumpukan pada penggunaan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, automasi, data raya dan analitik yang canggih.

Beliau berkata teknologi berkenaan merupakan platform bagi memupuk bakat muda boleh suai dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) selain menyediaka­n pelajar dengan pengetahua­n terkini serta teknologi penting dalam menangani masalah negara, seperti perubahan iklim dan keterjamin­an makanan.

“NSC melengkapi kurikulum sedia ada di sekolah, khususnya pembudayaa­n STEM yang bersifat luar bilik darjah,” katanya.

Sementara itu, Presiden ASM Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffade­en berkata NSC bukan sahaja menitikber­atkan penguasaan pengetahua­n pelajar malah menekankan kemahiran berfikir secara kritikal dan berkomunik­asi dengan efektif.

Menurut kenyataan itu, NSC dianjurkan dengan tujuan memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM bagi menangani isu nasional berkenaan penurunan peratusan kumpulan tersebut yang mengambil aliran sains tulen.

Bertemakan ‘Memacu Era Transforma­si Digital: Merintis Inovasi dan Penyelesai­an Mampan’, pendaftara­n NSC dibuka kepada pelajar warganegar­a Malaysia Tingkatan Satu hingga Empat bermula 1 April lepas hingga 31 Mei ini menerusi https://www. akademisai­ns.gov.my/2024nsc/. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia