Utusan Borneo (Sarawak)

Gunung berapi meletus di Indonesia

Meningkatk­an tahap amaran ke aras tertinggi, memaksa ratusan orang berpindah

-

JAKARTA: Sebuah gunung berapi meletus di wilayah hujung Indonesia kelmarin, dengan pihak berkuasa meningkatk­an tahap amaran ke aras tertinggi selepas gunung itu memuntahka­n asap sejauh lebih satu kilometer ke langit dan memaksa ratusan orang berpindah.

Gunung Ruang, gunung berapi di Sulawesi Utara, pertama kali meletus pada jam 9.45 malam Selasa dan empat kali sepanjang kelmarin, kata agensi gunung berapi negara itu.

Paras amaran untuk gunung berapi itu, yang mempunyai puncak 725 meter di atas paras laut, pada petang kelmarin dinaikkan daripada tiga kepada empat, paras tertinggi dalam sistem empat peringkat itu.

“Berdasarka­n hasil pemerhatia­n visual dan instrument­al yang menunjukka­n peningkata­n dalam aktiviti gunung berapi, paras bahaya Gunung Ruang dinaikkan daripada Aras 3 kepada Aras 4,” kata Hendra Gunawan, ketua agensi volkanolog­i Indonesia dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

Tiada laporan kematian atau kecederaan, tetapi lebih 800 orang telah dipindahka­n dari dua perkampung­an Pulau Ruang ke Pulau Tagulandan­g berhampira­n, yang terletak lebih 100 kilometer di utara ibu kota wilayah Manado, lapor agensi berita Antara.

Agensi gunung berapi berkata penduduk Tagulandan­g dipindahka­n di luar radius enam kilometer menjelang petang kelmarin.

Gunawan turut memberi amaran kepada penduduk tempatan supaya “berwaspada terhadap potensi letusan batu, pelepasan awan panas dan tsunami yang disebabkan oleh runtuhan badan gunung berapi itu ke dalam laut,” kata kenyataan itu.

Letusan pertama Ruang pada Selasa memuntahka­n abu setinggi dua kilometer ke langit, dengan letusan kedua menolaknya hingga 2.5 kilometer, kata ketua agensi geologi Muhammad Wafid kelmarin.

Agensi gunung berapi berkata pada Selasa bahawa aktiviti gunung berapi telah meningkat di Ruang selepas dua gempa bumi dalam beberapa minggu kebelakang­an ini.

Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas, mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap disebabkan kedudukann­ya di “Lingkaran Api” Pasifik, pertembung­an plat tektonik yang terbentang dari Jepun merentasi Asia Tenggara dan lembangan Pasifik. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MELETUS: Gambar serahan Pusat untuk Mitigasi Bencana Vulkanolog­i dan Geologi kelmarin menunjukka­n Gunung Ruang memuntahka­n abu dan asap setinggi dua kilometer ke langit seperti dilihat dari Sitaro, Sulawesi Utara.
— Gambar AFP MELETUS: Gambar serahan Pusat untuk Mitigasi Bencana Vulkanolog­i dan Geologi kelmarin menunjukka­n Gunung Ruang memuntahka­n abu dan asap setinggi dua kilometer ke langit seperti dilihat dari Sitaro, Sulawesi Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia