Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa bumi 6.3 gegar Jepun, lapan cedera

- — AFP

Lapan orang dilaporkan cedera semalam selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegark­an barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar atau tsunami setakat ini.

Pusat gempa, melanda pada jam 11.14 malam kelmarin, terletak di antara pulau Kyushu dan Shikoku, kata Kajian GeologiAme­rikaSyarik­at(USGS), tetapi tiada amaran tsunami atau laporan kerosakan.

Jepun mengalami sekitar 1,500 gempa bumi setiap tahun. Sebahagian besar gempa bumi adalah ringan dan lebih besar biasanya menyebabka­n hanya sedikit kerosakan.

Pihak Berkuasa Peraturan Nuklear Jepun berkata loji janakuasa Ikata di kawasan itu beroperasi seperti biasa.

“Tiada kejadian tidak normal dikesan di loji janakuasa Ikata dan operasi diteruskan,” katanya.

Tiada laporan kematian akibat gempa bumi itu tetapi kerajaan wilayah dan media melaporkan sekurangku­rangnya lapan cedera ringan.

Wilayah Oita berkata, dua warga emas terjatuh dan mengalami kecederaan ringan, manakala media tempatan melaporkan enam lagi kecederaan kecil di wilayah Ehime.

Televisyen tempatan melaporkan bahawa paip air awam pecah di beberapa kawasan di bandar Uwajima.

Di bandar Ozu di Ehime, sekurang-kurangnya satu kejadian tanah runtuh menghalang jalan manakala batu yang jatuh turut menghalang beberapa jalan di bandar Uwajima.

Gempa lewat petang itu menggempar­kan penduduk kawasan itu.

“Saya hendak tidur apabila saya merasakan gegaran dan tahu gempa bumi akan berlaku. Kemudian saya merasakan gegaran yang tidak pernah saya alami dalam hidup saya, dan ia terus bergegar selama 10 atau 20 saat,” seorang nelayan dari wilayah Ehime memberitah­u berita NHK.

“Saya agak panik,” katanya sambil menambah bahawa beberapa objek kecil di dalam rumahnya terjatuh, walaupun tiada kerosakan besar.

 ?? — Gambar AFP ?? PERIKSA: Pekerja semalam memeriksa bahagian lebuh raya yang ditutup selepas gempa bumi yang melanda bahagian selatan Jepun pada lewat malam sehari sebelumnya di bandar Ozu, wilayah Ehime.
— Gambar AFP PERIKSA: Pekerja semalam memeriksa bahagian lebuh raya yang ditutup selepas gempa bumi yang melanda bahagian selatan Jepun pada lewat malam sehari sebelumnya di bandar Ozu, wilayah Ehime.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia