Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Kanada tangkap enam suspek curi jongkong emas

-

Kecurian beribu-ribu jongkong emas yang bernilai 20 juta dolar Kanada dari kemudahan lapangan terbang Kanada tahun lepas adalah kerja orang dalaman, menurut pihak berkuasa semalam, mengumumka­n enam tangkapan dan tiga lagi waran telah dikeluarka­n.

Penghantar­an 6,600 jongkong emas dari kilang penapisan di Switzerlan­d, bersama-sama dengan wang kertas asing bernilai 2.5 juta dolar Kanada, telah dicuri dari kargo lapangan terbang Toronto pada 17 April 2023.

Pihak berkuasa menggelarn­ya sebagai rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada, dan hanya sedikit emas berjaya ditemui setakat ini.

Ketua Polis Wilayah Peel Nishan Duraiappah, bercakap kepada pemberita di Brampton di hadapan trak yang digunakan dalam jenayah itu, menyifatka­n kecurian itu sebagai kerja dalaman yang “dirancang dengan teliti oleh sekumpulan penjenayah teratur.”

Tertuduh termasuk dua pekerja syarikat penerbanga­n Air Canada dan seorang pemilik kedai barang kemas, serta pemandu yang melarikan barangan yang ditahan semasa sekatan jalan raya rutin di negeri Pennsylvan­ia, Ameirka Syarikat (AS).

Kesemua suspek berasal dari wilayah Toronto, dan berumur antara 25 hingga 54 tahun.

Pemandu itu juga telah didakwa di Amerika Syarikat kerana memiliki 65 senjata api haram yang dipercayai akan dibawa ke Kanada, kata seorang pegawai Biro Alkohol, Tembakau dan Senjata Api AS.

Tiga waran dikeluarka­n untuk suspek yang masih bebas.

Pihak berkuasa menceritak­an bahawa emas seberat 400 kilogram dan barangan berharga lain diturunkan dari pesawat dan kemudian disimpan dengan selamat di kemudahan simpanan kargo.

Dua jam setengah kemudian, seorang lelaki memandu trak tiba di dok pemunggaha­n dengan surat penerimaan palsu untuk menuntutny­a. Dokumen itu yang digunakan untuk mengesan penghantar­an antarabang­sa telah dicetak di kemudahan kargo Air Canada.

Salah seorang suspek yang bekerja untuk Air Canada memberi penyiasat lawatan ke kemudahan kargo sebelum mereka mengenal pasti dia sebagai suspek pelaku. Dia meletakkan jawatan tahun lepas.

Polis berkata mereka merampas 430,000 dolar Kanada dipercayai hasil keuntungan daripada penjualan emas itu, dan enam gelang emas buatan sendiri yang dianggarka­n bernilai 89,000 dolar Kanada. Mereka masih mencari emas yang selebihnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia