Utusan Borneo (Sarawak)

Bedilan peluru berpandu Rusia di Chernigiv ragut 17 nyawa

-

CHERNIGIV: Tiga peluru berpandu Rusia membedil bandar bersejarah Chernigiv di Ukraine kelmarin, membunuh 17 orang sementara pihak berkuasa merayu untuk mendapatka­n lebih banyak sistem pertahanan udara daripada sekutunya.

Lopak darah di atas jalan di tempat kejadian serangan, di mana penyelamat mencari mangsa yang terselamat di dalam runtuhan dan membawa mereka yang cedera di atas pengusung.

Ketika Presiden Volodymyr Zelensky merayu lebih banyak bantuan daripada sekutu Barat, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) akhirnya mengumumka­n pakej bantuan ketenteraa­n baharu besar-besaran yang merangkumi kira-kira AS$61 bilion sokongan yang tertangguh untuk Kyiv, satu langkah yang dialu-alukan oleh Presiden John Biden.

Di Chernigiv, penduduk Olga Samoilenko memberitah­u AFP bahawa dia bersama anak-anaknya merunduk ke koridor bangunan pangsapuri mereka untuk berlindung apabila peluru berpandu pertama meletup.

“Jiran kami sudah berada di sana. Kami mula menjerit supaya semua orang tunduk ke lantai. Mereka melakukann­ya. Ada dua lagi letupan. Kemudian kami berlari ke tempat letak kereta,” kata lelaki berusia 33 tahun itu.

Angka kematian rasmi meningkat kepada 17 pada siang hari, manakala perkhidmat­an kecemasan berkata 60

orang – termasuk tiga kanakkanak – cedera.

Datuk Bandar Oleksandr Lomako berkata berpuluhpu­luh bangunan rosak selain kenderaan serta kemudahan perubatan dan pendidikan turut rosak dalam serangan itu.

Seorang anggota polis wanita berusia 25 tahun yang sedang bercuti sakit adalah antara yang terbunuh selepas mengalami kecederaan parah.

Mayat ditarik dari runtuhan dan bangunan hotel lapan tingkat yang musnah, di mana pekerja perbandara­n menggunaka­n kren untuk mengangkat runtuhan.

Pangsapuri berdekatan, salun kecantikan dan kedai

bir menyaksika­n tingkap bangunan diterbangk­an oleh serangan itu.

Zelensky mempersala­hkan Rusia atas serangan itu dan juga berkata Barat harus berbuat lebih banyak untuk membantu mempertaha­nkan langit Ukraine.

“Ini tidak akan berlaku jika Ukraine telah menerima peralatan pertahanan udara yang mencukupi dan jika keazaman dunia untuk menentang keganasan Rusia memadai,” katanya.

Bercakap kepada Majlis Eropah melalui pautan video lewat kelmarin, Zelensky berkata Ukraine harus menikmati perlindung­an serangan udara yang sama

seperti Israel dan merayu untuk lebih banyak sistem pertahanan udara.

“Di sini di Ukraine, di bahagian Eropah kami, malangnya, kami tidak mempunyai tahap pertahanan yang kami lihat di Timur Tengah barubaru ini,” kata Zelensky, menurut satu kenyataan di laman sesawangny­a.

Zelensky merujuk kepada pemintasan dron dan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel pada Sabtu lalu.

“Langit Ukraine kita, langit jiran kita berhak mendapat tahap pertahanan yang sama.”

Presiden Ukraine itu menambah: “Semua nyawa sama berharga.”

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Anggota penyelamat Ukraine menggeleda­h runtuhan sebuah bangunan selepas bedilan peluru berpandu Rusia di Chernigiv kelmarin.
— Gambar AFP MUSNAH: Anggota penyelamat Ukraine menggeleda­h runtuhan sebuah bangunan selepas bedilan peluru berpandu Rusia di Chernigiv kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia