Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab EPL, Bundesliga bersaing untuk slot kelima kelayakan Liga Juara-Juara

-

Saingan untuk slot kelima kelayakan ke Liga Juara-Juara kini adalah antara Liga Perdana Inggeris dan Bundesliga Jerman.

Beberapa keputusan mengejut melibatkan kelabkelab dari England dan Jerman sudah mengubah situasi, dan meletakkan Bundesliga Jerman di posisi terbaik untuk memperoleh­i slot kelima ini.

Kebangkita­nBorussiaD­ortmund ketika menewaskan Atletico Madrid dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada Selasa, melangkaui jangkaan, berikutan dengan kekalahan mengejut Liverpool kepada Atalanta pada perlawanan suku akhir pertama Liga Europa dan ini meletakkan Jerman di kedudukan paling hadapan menjelang perlawanan pada Rabu.

Jerman memerlukan Bayern Munich dan Bayer Leverkusen menyingkir­kan masing-masing lawan dari England, Arsenal dan West Ham, dan Dortmund mencipta kejutan terbesar untuk memberikan kelebihan awal.

Pada Rabu, Bayern Munich menyingkir­kan Arsenal sementara Manchester City tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Real Madrid untuk meletakkan Jerman semakin menghampir­i slot kelima kelayakan.

Leverkusen dijangka akan menewaskan West Ham

United pada perlawanan lewat suku akhir kedua selepas menang 2-0 pada perlawanan pertama.

Namun kemaraan Aston Villa dalam Liga Konferensi Europa, satu pertanding­an di mana mereka adalah pasukan pilihan juara, masih memberikan England harapan.

Villa ketika ini berada di tangga keempat Liga Perdana Inggeris, dengan saingan sengit dari Tottenham Hotspur di tangga kelima.

Kedua-dua kelab mengharapk­an Villa terus beraksi baik di Eropah dan jika menang, Villa layak ke Liga Europa selaku juara kejohanan dan ini memberikan satu lagi slot dari England untuk pasukan di tangga kelima liga. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia