Utusan Borneo (Sarawak)

Kepulangan semula Nadal berakhir kekalahan dalam Terbuka Barcelona

-

Rafael Nadal mengalami kekalahan pertamanya ketika kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan apabila tewas 7-5 dan 6-1 kepada Alex de Minaur pada perlawanan pusingan kedua Terbuka Barcelona.

Pemain veteran dari Sepanyol itu, yang kembali beraksi minggu ini selepas tiga bulan berehat, bersaing dengan kuat terutama sekali pada set pertama sebelum hilang rentak menentang lawan yang berada pada ranking ke-11 dunia dari Australia.

Nadal, 37, yang tidak beraksi hampir sepanjang tahun lepas kerana kecederaan, berharap untuk beraksi di Terbuka Perancis pada bulan Mei depan, di mana dia adalah pemegang rekod dengan 14 kejuaraan.

“Di peringkat peribadi, untuk apa yang akan datang, kekalahan 1-6 pada set kedua ialah apa yang berlaku hari ini,” kata Nadal, yang menjelaska­n dia tidak mahu mendesak dirinya secara keterlalua­n.

“Ia adalah cara yang saya perlu harungi hari ini, untuk memberikan saya peluang beraksi di Roland Garros (Terbuka Perancis).”

“Saya akan cuba mengambil beberapa langkah lagi di (kejohanan) Madrid, kemudian di Rom dan jika ada kejohanan lain yang paling penting di mana saya boleh memberikan segala-galanya, ia adalah di Roland Garros.”

Nadal, yang muncul juara di sini sebanyak 12 kali, mudah menewaskan Flavio Cobolli di pusingan pertama pada Selasa lepas untuk perlawanan Jelajah ATP yang pertamanya sejak bulan Januari, tetapi berkata dia bukan pemain pilihan ketika menentang De Minauer, yang sudah menang dua pertemuan terakhir menentang bekas pemain nombor satu dunia itu.

Ia terbukti cabaran lebih sukar dan walaupun ada menunjukka­n sedikit kualiti lamanya di gelanggang yang diberi nama bersempena dengan namanya, Nadal gagal menyerlah dalam apa yang dia percaya penampilan terakhirny­a pada kejohanan itu.

Set pertama cukup sengit dengan De Minauer mendahului awal tetapi Nadal bangkit untuk mendahului 4-3.

De Minaur mengubah rentak permainann­ya dan mendahului 6-5 sebelum menang 7-5.

Pemain berusia 25 tahun itu mempamerka­n permainan lebih mantap dan mendahului 2-1 pada set kedua sebelum Nadal hilang sepenuh rentak dan tewas empat mata berturut-turut.

Kekalahan menandakan apa yang Nadal katakan sebagai “kemungkina­n” penampilan terakhir di kejohanan ini.

“Saya mempunyai peluang untuk mengucapka­n selamat jalan dalam gelanggang dan ia sangat bermakna sekali,” tambahnya.

 ?? — Gambar AFP ?? SEMANGAT KESUKANAN: Nadal (kanan) berpelukan dengan Minaur selepas tamat pertembuga­n di antara mereka berdua di Kejohanan Terbuka Barcelona.
— Gambar AFP SEMANGAT KESUKANAN: Nadal (kanan) berpelukan dengan Minaur selepas tamat pertembuga­n di antara mereka berdua di Kejohanan Terbuka Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia