Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara

Balas dendam ke atas Man City dengan kemenangan 4-3 menerusi penentuan tendangan penalti di Stadium Etihad

-

MANCHESTER: Real Madrid membalas dendam ke atas Manchester City untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara apabila menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas bertahan cukup kebal di Stadium Etihad pada Rabu.

Rodrygo meletakkan Real Madrid di hadapan tetapi Kevin De Bruyne mengikat kedudukan buat juara bertahan untuk menyebabka­n kedudukan terikat 1-1 pada Rabu dan 4-4 secara agregat.

Bagaimanap­un, impian City mempertaha­nkan kejuaraan berakhir selepas Bernardo Silva dan Mateo Kovavic melihat penalti mereka diselamatk­an oleh penjaga gol Real, Andriy Lunin.

Lunin, yang hanya diturunkan musim ini kerana kecederaan Thibaut Courtois, melakukan kesilapan memberikan gol pembukaan City pada perlawanan pertama minggu lepas tetapi menebus dan melakukan aksi lebih cemerlang pada perlawanan kedua ini.

Dengan kemenangan itu, Real akan bertemu dengan Bayern Munich, yang menewaskan sebuah lagi kelab dari Liga Perdana Inggeris, Arsenal, 3-2 secara agregat.

City belum tewas di tempat sendiri dalam Liga JuaraJuara sejak 2018 tetapi juara bertahan itu gagal menembusi benteng kebal juara untuk rekod 14 kali itu walaupun

Ia sangat sukar. Mereka terus membuktika­n dengan bola dan menggerakk­an anda. Kebanyakan pasukan akan tumbang apabila City berada di kemuncak permainan, tetapi kami tetap bertahan dengan sangat kental.

Jude Bellingham Pemain tengah Real Madrid

memiliki 34 cubaan ke pintu gol.

“Ia sangat sukar. Mereka terus membuktika­n dengan bola dan menggerakk­an anda. Kebanyakan pasukan akan tumbang apabila City berada di kemuncak permainan, tetapi kami tetap bertahan dengan sangat kental,” kata pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham.

“Hari ini, ia adalah tentang mentaliti.”

Real Madrid dimalukan 0-4

di Stadium Etihad 11 bulan yang lalu ketika anak buah Pep Guardiola kemudian memenangi kejuaraan Eropah yang pertama dalam sejarah kelab.

City juga menang 4-3 pada perlawanan pertama di tempat sendiri dua tahun yang lalu tetapi dikejutkan dengan kebangkita­n lewat Real pada perlawanan kedua.

“Dalam sukan lain, jika berdasarka­n statistik, kami boleh menang tetapi bola sepak

seperti itu dan ia menarik sekali,” kata Guardiola.

“Tahniah kepada Real Madrid kerana kemampuan mereka bertahan sehingga ke akhirnya, mereka melakukann­ya dengan hebat. Kami tidak mampu menjaringk­an gol.

“Saya tidak berasa kesal. Kami sentiasa cuba mencipta peluang dan bolos kurang (berbanding lawan) dan kami sudah melakukan segalagala­nya.”

Real, yang dibimbing Carlo Ancelotti, mengubah jangkaan pada Rabu dengan permulaan meyakinkan apabila membuka jaringan awal.

Bellingham menerima satu umpanan dari udara sebelum melancarka­n gerakan dari sayap kanan.

Dia melorong bola kepada Vinicius Junior yang kemudian mengumpan kepada Rodrygo yang tidak dikawal dan merembat bola muntah selepas cubaan pertamanya ditepis penjaga gol City, Ederson.

Jika City terlalu perlahan mencari rentak, mereka bagaimanap­un mengasak dengan bertali-arus tetapi tetap gagal memecah kebuntuan selama 76 minit.

Erling Haaland gagal menjaringk­an sebarang gol untuk perlawanan keempat berturut-turut menentang Real tetapi dia mempunyai peluang jarak dengan satu tandukan terkena palang.

Lunin beraksi tangkas menepis cubaan De Bruyne dari dalam kotak penalti dan pertahanan tengah Real, Antonio Rudiger berjaya menghadang keluar satu cubaan Jack Grealish.

Penjaga gol dari Ukraine itu menepis dua lagi cubaan Grealish pada awal separuh masa kedua sebelum Guardiola mengeluark­an Grealish dan memasukkan Jeremy Doku.

Pertukaran itu terbukti memberi kesan lebih berbahaya ketika Rudiger gagal menangani hantaran kemas Doku yang berjaya disempurna­kan De Bruyne untuk gol penyamaan ketika berbaki 14 minit permainan.

De Bruyne boleh memastikan kemenangan tetapi satu cubaannya sedikit tinggi.

Bagaimanap­un, ancaman City berkuranga­n dalam masa tambahan dengan Haaland dan De Bruyne dikeluarka­n.

Real mempunyai peluang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam masa tambahan apabila tandukan Rudiger sedikit tersasar dari pintu gol.

City memiliki pendahulua­n awal dalam penentuan sepakan penalti apabila Ederson menyelamat­kan tendangan Luka Modric.

Tetapi Lunin kemudian berjaya menepis penalti Silva dan kemudian penalti Kovacic untuk memberikan kelebihan kepada Real.

Bellingham, Lucas Vazquez dan Nacho menyempurn­akan penalti mereka untuk memusnahka­n impian City memburu tiga kejuaraan untuk musim kedua berturut-turut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir perlawanan kedua Liga Juara-Juara di antara Man City dan Real Madrid di Stadium Etihad.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir perlawanan kedua Liga Juara-Juara di antara Man City dan Real Madrid di Stadium Etihad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia