Utusan Borneo (Sarawak)

Gauff berdepan tentangan sengit dari Vickery dalam Kejohanan WTA Stuttgart

-

STUTTGART:Pemainrank­ing ketiga dunia, Coco Gauff, diberikan tentangan yang kuat oleh rakan senegarany­a dari Amerika Syarikat (AS), Sachia Vickery sebelum menang 6-3, 4-6 dan 7-5 dalam kejohanan WTA Stuttgart di sini pada Rabu.

Juara Terbuka AS itu memerlukan masa dua jam dan 27 minit untuk menewaskan pemain kelayakan yang merupakan pemain ranking ke-134 dunia itu di pusingan kedua kejohanan.

Gauff memulakan permainan memberangs­angkan, memenangi tiga mata pertama sebelum bangkit dari beberapa kesilapan mudah.

Dia juga melakukan kesilapan berganda servis sebanyak 15 kali, membolehka­n Vickery bangkit pada set kedua.

Ketinggala­n 0-2 pada set penentuan, Vickery bangkit untuk mendahului 4-2 namun Gauff bermain lebih baik pada mata penting untuk akhirnya meneruskan kemaraan.

“Dia melakukan banyak pukulan rali dan saya cuba bermain dengan sabar dan juga agresif. Saya fikir saya mula bermain hambar dan dia mengambil sepenuh peluang itu. Tetapi saya fikir saya bertahan dengan sangat baik sepanjang perlawanan,” kata Gauff.

Gauff akan menanti pemenang perlawanan di antara Zhang Qinwen dan Marta Kostyuk di suku akhir.

Pada perlawanan lain, bekas juara Terbuka AS, Emma Raducanu, menang selepas 6-2 dan 6-1 ke atas bekas pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber untuk menempah tiket ke suku akhir.

Pemain pilihan kesembilan, Ons Jabeur, menamatkan lima kekalahan berturut-turut dengan menewaskan Ekatrina Alexandrov­a.

Kemenangan ke atas Alexandrov­a, pemain ranking ke-16 dunia, adalah kemenangan ketiga Jabeur pada tahun ini dan yang pertama sejak menewaskan Raducanu di Abu Dhabi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia