Utusan Borneo (Sarawak)

Juventus perlu bayar tunggakan gaji Ronaldo berjumlah 9.7 juta euro

-

ROM: Kelab Serie A Itali, Juventus, harus membayar bekas pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo sejumlah 9.7 juta euro dalam tunggakan gaji untuk musim 2020/2021, menurut pengumuman mahkamah Itali pada Rabu.

Mahkamah Rayuan, dalam permohonan rayuan Ronaldo, “mengarahka­n Juventus membayar sejumlah 9,774,166.66 euro”, termasuk faedah dan kos prosedur, dalam keputusann­ya.

Jumlah itu menyamai perbezaan di antara gaji sebenar yang diterima oleh Ronaldo dan juga di mana dia harus terima selepas cukai dan potongan lain.

Ronaldo, yang menghabisk­an tiga musim di Itali bersama Juventus (2018-2021) sebelum menyertai semula Manchester United (2021/2022) dan kemudian menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr, menuntut 19.5 juta euro tetapi panel hakim rayuan mengurangk­an jumlah itu kepada 50 peratus.

Ketika dihubungi oleh agensi berita AFP, Juventus enggan mengulas tetapi berkata bahawa mereka akan mengeluark­an satu kenyataan “tidak lama lagi”.

Menurut ranking dikeluarka­n oleh majalah perniagaan dari Amerika Syarikat, Forbes, pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu merupakan atlet sukan yang menerima gaji paling tinggi di dunia pada 2023, dengan jumlah keseluruha­n 136 juta, termasuk gaji bernilai 46 juta.

Juventus, yang disenaraik­an dalam bursa saham, merekodkan kerugian 123.7 juta euro pada tahun kewangan 2022/2023, yang berakhir pada bulan Jun, menurut pengumuman pada bulan Oktober lepas.

Tiada peruntukan dibuat dalam akaun kelab bola sepak paling berjaya di Itali itu, yang berada di tangga ketiga liga ketika ini, untuk pembayaran gaji tertunggak ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia