Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern Munich singkirkan Arsenal

Aksi suku akhir perlawanan kedua Liga Juara-Juara berakhir dengan kemenangan 1-0 yang memihak kepada The Bavarian

-

MUNICH: Gol Joshua Kimmich pada minit ke-63 membantu Bayern Munich menang 1-0 ke atas Arsenal, sekali gus mengesahka­n satu tempat ke peringkat separuh akhir Liga JuaraJuara pada Rabu.

Kemenangan agregat 3-2 pada perlawanan suku akhir itu bermakna Bayern kembali ke peringkat separuh akhir kejohanan buat kali pertama sejak muncul juara pada 2020.

Di separuh akhir, Bayern akan bertemu dengan Real Madrid, yang menewaskan Manchester City 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Keputusan itu meneruskan minggu buruk buat Arsenal, yang tercicir dari tangga teratas Liga Perdana Inggeris Ahad lepas selepas mengalami kekalahan liga yang pertama mereka pada tahun ini.

“Kami boleh meraikan kejayaan ini. Separuh masa pertama agak hambar dan kemudian kami meningkatk­an rentak,” kata penyerang Bayern, Harry Kane.

“Perlawanan ini adalah sukar dan kami terpaksa mencari ruang untuk menembusi pertahanan mereka. Ia pastinya sukar siapa sahaja yang kami hadapi di separuh akhir.”

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata pasukannya “terdesak untuk menang”.

“Bagaimanap­un, anda

boleh melihat dengan banyak kelab lain yang kadang-kadang mengambil masa enam atau tujuh tahun untuk sampai ke peringkat ini. Kami benar-benar hampir, itulah realitinya.”

Tidak seperti empat gol yang dijaringka­n pada perlawanan pertama di London, perlawanan kedua lebih sengit,

dengan kedua-dua pasukan tidak mencipta banyak peluang dalam separuh masa pertama.

Pada pertengaha­n separuh masa kedua dan dengan kemungkina­n permainan boleh berlarutan ke masa tambahan, Kimmich memasuki kotak penalti Arsenal untuk menanduk umpanan kemas

Raphael Guerreiro.

Guerreiro, yang ditukar dari posisi pemain sayap ke posisi penyerang kerana masalah kecederaan di kelab, menyerlah sebagai pemain kreatif yang bebas dari tugas biasa di bahagian pertahanan.

Bayern, juara enam kali Eropah, menyertai kelab dari

Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, yang bertemu Paris Saint-Germain (PSG) pada perlawanan separuh akhir kedua.

Diselubung­i kecederaan beberapa pemain di jentera serangan termasuk bekas pemain sayap Arsenal, Serge Gnabry – yang menjaringk­an gol bersama-sama dengan

Kane pada perlawanan pertama – dan Kingsley Coman, menyebabka­n jurulatih Bayern, Thomas Tuchel meletakkan Guerreiro di posisi penyerang.

Tindakan itu berhasil pada awal permainan, dengan Guerreiro menemui ruang di sayap kiri dan berganding­an baik dengan Jamal Musiala di tengah serangan.

Arteta memilih kestabilan benteng pertahanan dengan Takehiro Tomiyasu menggantik­an Jakub Kiwior di posisi pertahanan kiri untuk mengawal Leroy Sane tetapi pemain antarabang­sa Jepun yang membuat penampilan pertama sejak bulan Disember, kelihatan kurang rentak.

Tomiyasu gagal menjangka umpanan Musiala, membolehka­n Sane memasuki kotak penalti dan memaksa satu tendangan sudut.

Gabriel Martinelli merupakan pemain paling bahaya Arsenal dalam separuh masa pertama. Dia melakukan satu cubaan yang sedikit tersasar selepas tujuh minit permainan dan kemudian melakukan satu cubaan tepat ke dakapan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

Bayern meningkatk­an permainan selepas rehat dan hampir membuka jaringan lebih awal apabila tandukan Leon Goretzka dari umpanan Kimmich terkena palang.

Asakan demi asakan Bayern akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-63 apabila Kimmich, antara pemain paling pendek dalam padang, menanduk kemas umpanan Guerreiro.

Bayern hampir menambah jaringan tidak lama selepas itu apabila Kane mengumpan bola kepada Sane yang tidak dikawal dalam kotak penalti tetapi penyerang antarabang­sa Jerman itu melakukan penyudah yang tinggi.

Arsenal meningkatk­an rentak permainan mereka dalam usaha mencari gol penyamaan dan hampir melakukann­ya pada minit kecederaan tetapi cubaan Kai Havertz dan Bukayo Saka mengecewak­an, sekali gus menamatkan impian Arsenal untuk layak ke peringkat separuh akhir yang pertama mereka sejak 2009.

“Kami boleh meraikan kejayaan ini. Separuh masa pertama agak hambar dan kemudian kami meningkatk­an ” rentak. Harry Kane Penyerang Bayern Munich

 ?? — Gambar AFP ?? PASUKAN TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara di antara Bayern Munich dan Arsenal di Munich. Bayern menang dengan agregat 3-2.
— Gambar AFP PASUKAN TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara di antara Bayern Munich dan Arsenal di Munich. Bayern menang dengan agregat 3-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia