Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan Presiden BiFA 2024 tawar hadiah lumayan

-

Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) akan menganjurk­an Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan Presiden BiFA 2024 pada jam 4 petang 18 Mei depan di Padang Turf BDA dengan menawarkan hadiah lumayan kepada juara, naib juara dan tempat ketiga kejohanan itu.

Hadiah wang tunai RM7,000 dan RM4,000 berserta piala dan pingat masing-masingnya bakal dibawa pulang pasukan yang muncul juara dan naib juara, manakala tempat ketiga bersama akan menerima hadiah wang tunai RM2,000, piala dan pingat.

Jurucakap penganjurn­ya Musabaqah Meliki berkata, kejohanan itu terhad untuk disertai 16 pasukan yang membayar yuran awal ataupun boleh membuat tempahan dengan menyertaka­n sekali wang deposit RM750, namun wang deposit tidak akan dikembalik­an sekiranya membatalka­n penyertaan.

Katanya, yuran penuh berjumlah RM1,500 atau deposit awal RM750 hendaklah dijelaskan sebelum atau pada tarikh tutup 10 Mei ini pada jam 5 petang.

“Setiap pasukan diwajibkan mendaftar minimum dua pemain yang berumur 18 tahun hingga 20 tahun (lahir pada 2006 hingga 2004 adalah pemain muda) dan digalakkan mendaftar lebih daripada dua pemain muda (tiada had untuk mendaftar lebih pemain muda),” katanya di sini.

Beliau berkata, setiap perlawanan diwajibkan dua pemain muda berumur 18 hingga 20 tahun berada dalam padang (di bawah senarai kesebelasa­n utama pemain) dan merupakan warganegar­a Malaysia.

Katanya, pasukan perlu mendaftark­an 20 pemain serta lima pegawai (pengurus pasukan, ketua jurulatih diwajibkan mempunyai lesen sekurang-kurangnya lesen D, penolong jurulatih, fisioterap­i dan ‘kitman’) dengan jumlah minimum pemain ialah 16 orang.

“Mesyuarat pengurus dan cabutan undi akan diadakan pada 12 Mei 2024 yang mana masa dan tempat akan diberitahu kemudian,” katanya sambil menambah sekiranya ada sebarang perubahan penganjur akan memaklumka­n awal dalam Facebook BiFA.

Keterangan lanjut berkaitan kejohanan itu boleh menghubung­i Awang Madihi di talian 014-8882470 dan Musa (0105580013).

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia