Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan bidang keutamaan penting bagi kerajaan Sarawak: Fadillah

-

Kerajaan Sarawak melihat pendidikan sebagai satu bidang keutamaan yang penting, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Sehubungan itu katanya, kerajaan Sarawak telah mewujudkan Kementeria­n Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak (MEITD).

Menurutnya, MEITD juga menjadi perantara dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani isu pendidikan di Sarawak.

“Oleh sebab itu di peringkat negeri, kerajaan Sarawak telah menubuhkan MEITD yang akan menjadi perantara dalam menangani isu pendidikan di Sarawak.

“Cabaran besar yang harus ditangani bersama oleh kerajaan persekutua­n dan kerajaan Sarawak dalam bidang pendidikan masa kini ialah isu kekurangan guru dan isu fasiliti seperti sekolah daif.

“Oleh sebab itu, pendidikan menjadi cabaran besar buat kita dan menjadikan­nya satu agenda penting dalam MA63.

“Pemberian kuasa pentadbira­n untuk sektor pendidikan merupakan fokus utama dengan kerajaan persekutua­n melalui Sekretaria­t Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” ujarnya pada

Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Yayasan Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semalam.

Fadillah menambah, Sabah dan Sarawak menghadapi cabaran dalam sektor pendidikan kerana perancanga­n melibatkan sektor itu dilaksanak­an di Putrajaya, khususnya berhubung isu pengambila­n atau penempatan guru.

“Kebanyakan kekosongan diisi oleh calon yang tidak mahu bertugas di Sarawak kerana memikirkan kawasan pedalaman, menyebabka­n tiada pegawai untuk berkhidmat di Sarawak.

“Justeru, dalam konteks kuasa pentadbira­n pendidikan yang diberikan kepada kita, kita dapat menentukan jawatan kosong berkenaan diisi dan calon dapat bertugas di Sarawak,” jelasnya.

Difahamkan, seramai 110 pelajar Sarawak di bawah Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak menghadiri majlis tersebut.

Sementara itu, Yayasan Sarawak telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan KPM dan MLNG Petronas untuk memperkasa­kan lagi program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak itu.

 ?? — Gambar UKAS ?? SANTUNI: Fadillah (tengah) beramah mesra dengan para pelajar pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Yayasan Sarawak di Kuala Lumpur malam kelmarin.
— Gambar UKAS SANTUNI: Fadillah (tengah) beramah mesra dengan para pelajar pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Yayasan Sarawak di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia