Utusan Borneo (Sarawak)

Dua tokan dadah warga asing dicekup polis di Bintulu

-

Dua lelaki warganegar­a asing dipercayai tokan dadah ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di sekitar pasar Bintulu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Nixon Joshua Ali dalam kenyataann­ya semalam berkata, hasil maklumat serta risikan, dua suspek yang berumur 26 dan 40 tahun dan berada dalam keadaan mencurigak­an itu ditahan bagi siasatan lanjut.

“Pemeriksaa­n yang dijalankan telah menjumpai dadah jenis syabu seberat 35.3 gram dalam simpanan kedua-dua suspek,” jelasnya.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati dadah tersebut boleh dibekalkan untuk 70 hingga 80 penagih.

Nixon memberitah­u, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif mengambil dadah jenis Methamphet­amine.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memilik dadah

dan jika sabit kesalahan, suspek berhadapan dengan hukuman penjara tidak lebih lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali sebatan,” tegasnya.

Pada masa sama ujarnya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 15(1)ADB 1952, kedua-dua suspek boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun serta tempoh pengawasan selama dua

tahun.

“Kedua-dua suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan perjalanan sah yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali termasuk hukuman sebat tidak lebih dari enam kali jika sabit kesalahan,” tambahnya.

 ?? ?? BAHAN KES: Dadah yang dirampas BSJND IPD Bintulu dalam tangkapan yang dijalankan di pasar Bintulu kelmarin.
BAHAN KES: Dadah yang dirampas BSJND IPD Bintulu dalam tangkapan yang dijalankan di pasar Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia