Utusan Borneo (Sarawak)

Banduan pertama dibebas di bawah PBSL

-

4 Dari Muka 1

“Selain tu, satu perkara yang perlu diingat bahawa tahanan di rumah hanya boleh diberikan sekiranya ahli keluarga atau saudara mara sudi menerima banduan di rumah mereka, atau badan bukan kerajaan (NGO) bersedia menerima mereka sehingga banduan selesai menjalani hukuman,” katanya sambil menambah hanya rakyat Malaysia yang layak untuk program itu.

Teyun menjelaska­n, tahanan rumah di Malaysia berbeza dengan tahanan rumah yang diamalkan di negara-negara lain.

Di Malaysia katanya, tahanan rumah adalah untuk pesalah yang telah dijatuhkan hukuman penjara, manakala di beberapa negara, hukuman tahanan rumah adalah di bawah bidang kuasa mahkamah.

“Maksudnya di sini, semua kuasa berada di tangan Jabatan Penjara, bukan mahkamah,” katanya.

Teyun juga berkata, pegawai penjara sudah mengenal pasti sama ada banduan layak ditahan di rumah sebaik banduan memasuki penjara.

“Pegawai penjara akan mengasingk­an rekod dan akan menyemak semula jika banduan benar-benar memenuhi kriteria yang diperlukan.

“Jika mereka telah memenuhi kriteria, kami akan segera memproses pembebasan mereka di bawah PBSL,” jelasnya sambil menambah tiada permohonan daripada banduan diperlukan.

Teyun menegaskan, jika banduan di bawah tahanan rumah melanggar peraturan, mereka akan dihantar semula ke penjara dan akan didakwa di mahkamah kerana melanggar peraturan pembebasan.

Sementara itu, beliau berkata, mengikut data 17.6 peratus banduan yang telah dibebaskan selepas tamat hukuman dan tanpa mengikuti sebarang program akan kembali ke penjara selepas tiga tahun.

Bagaimanap­un, hanya 0.24 peratus banduan yang dibebaskan secara parol dan menjalani program pemulihan komuniti akan kembali ke penjara selepas tiga tahun. katanya.

“Jadi, penjara bukanlah penyelesai­an kepada jenayah yang semakin meningkat dalam masyarakat. Jadi, kita perlu memberi sokongan kepada banduan ini apabila mereka keluar dari pintu penjara.

“Sebab itu, kebiasaann­ya sebelum banduan ini dibebaskan, kita sentiasa membimbing atau memantau mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia