Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga cedera dalam kemalangan kereta dan pikap

Seorang berjaya dikeluarka­n pihak perubatan, dua mangsa tersepit dikeluarka­n anggota BBP Saratok

- Oleh Kepu Sidi Kenyataan Bilik Gerakan Operasi Bomba Sarawak

Seorang mangsa yang berada di dalam kereta telah berjaya dikeluarka­n oleh pihak perubatan sebelum ketibaan pihak bomba, manakala seorang lagi bersama dengan pemandu pikap yang tersepit telah dikeluarka­n oleh pihak bomba.

SARATOK: Tiga lelaki cedera setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya antara sebuah kereta dan sebuah pikap di Jalan Saratok-Betong, kelmarin.

Jurucakap Bilik Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihak bomba menerima laporan berkaitan kemalangan itu pada jam 1 petang.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah dikerahkan ke lokasi kemalangan di Jalan Saratok-Betong, iaitu berhampira­n simpang Krian, dekat sini.

“Ketika sampai di lokasi anggota bomba mendapati tiga mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu seorang pemandu dan seorang penumpang di dalam sebuah kereta serta pemandu pikap.

“Seorang mangsa yang berada di dalam kereta telah berjaya dikeluarka­n oleh pihak perubatan sebelum ketibaan pihak bomba, manakala seorang lagi bersama dengan pemandu pikap yang tersepit telah dikeluarka­n oleh pihak bomba,” katanya kepada media, kelmarin.

Tiga mangsa tersebut masing-masing berusia 39, 69 dan 51 tahun.

Tambahnya, pihak bomba mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluark­an dua mangsa yang tersepit.

“Sejurus berjaya dikeluarka­n, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk mendapatka­n rawatan.

“Pasukan bomba turut membersihk­an sisa kemalangan dan setelah memastikan keadaan di lokasi kemalangan selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya lagi.

 ?? ?? GEGAS: Anggota bomba berusaha mengeluark­an salah seorang mangsa yang tersepit dalam kemalangan tersebut.
GEGAS: Anggota bomba berusaha mengeluark­an salah seorang mangsa yang tersepit dalam kemalangan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia