Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Forum Perdana Ehwal Islam

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi Taib menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya malam kelmarin.

Jabatan Penerangan Sarawak menerusi satu kenyataan malam kelmarin berkata, forum bertajuk ‘Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah’ anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu diadakan sempena Persidanga­n Jawatankua­sa Penyelaras­an Pendidikan Islam (JPPIK)

Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-60.

Lebih 1,000 orang menghadiri forum selama satu jam itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Inti pati forum tersebut adalah memperkasa­kan institusi pendidikan Islam di Malaysia merupakan tanggungja­wab bersama agar ia dapat menandingi institusi pendidikan lain.

Forum tersebut menampilka­n Ustaz Hariri Daud dari JAKIM sebagai moderator bersama tiga panel iaitu

Pengerusi JPPIK MKI Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin dan Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Pada forum tersebut, ahli panel juga mengupas bagaimana peranan pendidikan Islam mendepani cabaran teknologi kecerdasan buatan (AI).

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Senator Dr Zulkifli Hasan, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Ketua Pengarah JAKIM Datin Paduka Hakimah Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Islam Sarawak Mual Suaud dan Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.

TETAMU UTAMA:

 ?? Penerangan — Gambar ?? Tun Wan Junaidi disambut tiba oleh hadirin untuk mengikuti Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya malam kelmarin.
Penerangan — Gambar Tun Wan Junaidi disambut tiba oleh hadirin untuk mengikuti Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia