Utusan Borneo (Sarawak)

Enam lagi OSEIC akan dibuka di Sarawak

Ia masing-masing akan dibuka di Bintulu, Betong, Lawas, Kapit, Serian dan Samarahan

- Oleh Agnes Tugong Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk membuka enam lagi Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) dalam tempoh enam tahun akan datang bermula 2025 hingga 2030.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, OSEIC terbabit masing-masing akan dibuka di Bintulu, Betong, Lawas, Kapit, Serian dan Samarahan.

“Tahun ini kita akan membuka OSEIC di Miri pada bulan Oktober ini, tambahan kepada OSEIC sedia ada iaitu satu di Dalat dan satu lagi di Kuching.

“Sibu kita tidak akan buka OSEIC, sebab sudah ada Pusat Agape yang menyediaka­n perkhidmat­an sama seperti

OSEIC,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Penasihat OSEIC di Bangunan OSEIC, Metrocity di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai

OSEIC, Fatimah berkata ia mula beroperasi pada Oktober 2020 dengan jumlah pelatih kanak-kanak seramai 30 orang yang terdiri daripada pelbagai ketidakupa­yaan.

Kini katanya, OSEIC Kuching di Metrocity mempunyai seramai 489 pelatih kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke bawah.

“Objektif penubuhan OSEIC adalah untuk menyediaka­n perkhidmat­an intervensi awal kepada kanakkanak berkeperlu­an khas dari kumpulan B40.

“Ada yang ditawarkan

di pusat swasta tetapi tidak cukup dan tidak semua terutama ibu bapa B40 yang mampu,” jelasnya.

Ujar Fatimah lagi, intervensi awal adalah sangat penting untuk memastikan kanak-kanak berkeperlu­an khas dapat memasuki persekolah­an aliran perdana atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

“Kadar kejayaan lebih baik jika intervensi dijalankan seawal usia dan dari tempoh

2022 hingga 2024, seramai 27 kanak-kanak yang dilatih di OSEIC dapat masuk aliran perdana, manakala seramai 137 kanak-kanak masuk PPKI.

“Kebimbanga­n kita sekarang ialah ibu bapa di luar bandar yang tidak mendapat perkhidmat­an intervensi ini disebabkan masalah jarak yang jauh atau pengangkut­an.

“Sebab itu, kita mahu mengembang­kan lagi OSEIC

bagi membolehka­n lebih ramai kanak-kanak berkeperlu­an khas mendapat perkhidmat­an ini,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey Yunus, Ketua Bahagian Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Salina Bujang dan Timbalan Setiausaha Tetap kementeria­n Colliner Gohe.

“Sibu kita tidak akan buka OSEIC, sebab sudah ada Pusat Agape yang menyediaka­n perkhidmat­an sama seperti ” OSEIC.

 ?? ?? PENERANGAN: Fatimah (dua kiri) bercakap pada sidang media di OSEIC Kuching di Metrocity, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Salina, Rosey dan Colliner.
PENERANGAN: Fatimah (dua kiri) bercakap pada sidang media di OSEIC Kuching di Metrocity, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Salina, Rosey dan Colliner.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia