Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bantu waris mangsa tragedi helikopter, kata Nancy

-

KUCHING: Kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membantu waris mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa lepas, termasuk keluarga mendiang Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna.

Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia sebagai usaha meringanka­n beban waris keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.

“Kerajaan telah mengumumka­n untuk memberi bantuan awal sebanyak RM10,000 di mana setiap keluarga waris akan menerima bantuan berkenaan.

“Bagi kita di KPWKM pula, bantuan disalurkan menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sejumlah RM3,000 bagi setiap keluarga yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menziarahi keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian semalam.

Jelas Nancy, program ziarah daripada pihak kementeria­nnya itu bertujuan memberi bantuan bagi meringanka­n beban yang ditanggung keluarga mangsa.

Selain bantuan kewangan katanya, bantuan lain yang diberikan ialah bantuan makanan dan khidmat kaunseling kepada ahli keluarga mendiang sekiranya diperlukan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Santubong itu memberitah­u, beberapa kementeria­n yang berkaitan juga diberi tanggungja­wab bagi membantu waris mangsa tragedi tersebut.

“Pengagihan tugas mendapat persetujua­n oleh kementeria­n berkaitan bagi memastikan keluarga mangsa mendapat bantuan yang sewajarnya,” tambah beliau.

Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) ujarnya, akan membantu dari segi menanggung kos pengajian mereka dan memberi khidmat kaunseling untuk anak mangsa yang berada di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Begitu juga bagi anakanak mangsa yang masih

bersekolah di mana Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menyediaka­n kaunselor bagi membantu memulihkan semangat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy menambah pihaknya dari KPWKM juga menawarkan

khidmat kaunseling sekiranya diperlukan.

“Dari masa ke masa, kaunselor kita dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berada di Serian ini akan sentiasa menghubung­i mereka,” jelasnya.

Beliau semasa kunjungan

itu turut mengambil peluang untuk berbual dan menyantuni suami, anak dan ahli keluarga mendiang Joanna yang lain sebelum berangkat pulang.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Nordina Haron.

 ?? ?? SANTUNI: Nancy dan rombongan kementeria­n merakamkan kenangan bersama waris keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian semalam.
SANTUNI: Nancy dan rombongan kementeria­n merakamkan kenangan bersama waris keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian semalam.
 ?? ?? PRIHATIN: Nancy menyantuni ahli keluarga waris mendiang Joanna ketika menziarahi mereka di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian semalam.
PRIHATIN: Nancy menyantuni ahli keluarga waris mendiang Joanna ketika menziarahi mereka di Kampung Engkeroh, Tebakang, Serian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia