Utusan Borneo (Sarawak)

30 kakitangan LSS hadiri program Siri Jelajah Integriti MOTS di Miri

-

Seramai 30 kakitangan Lembaga SungaiSung­ai Sarawak (LSS) menghadiri program Siri Jelajah Integriti Bersama Agensi Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak Tahun 2024 pada 24 dan 25 April lalu di Miri.

Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) dalam satu kenyataan kelmarin berkata, program tersebut merupakan anjuran pihaknya dengan kerjasama LSS dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak.

Menurutnya, ia merupakan program yang pertama kalinya dianjurkan dengan objektif memperluas­kan mesej berkaitan integriti kepada pegawai dan kakitangan MOTS serta agensi di bawah kementeria­n.

“Selain itu, program ini juga dianjurkan untuk membantu agensi mengatasi masalah dan kelemahan sistem pentadbira­n sedia ada yang boleh membuka ruang dan peluang kepada amalan tidak sihat seperti penyelewen­gan dan rasuah,” ujar kenyataan berkenaan.

Antara pengisian program adalah sesi ceramah serta taklimat daripada pihak Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan

Premier Sarawak dan pihak SPRM berkaitan salah laku integriti dan rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Pada program ini juga katanya, pihak SPRM telah menyampaik­an Modul Antirasuah kepada semua peserta.

Dalam pada itu, Setiausaha Tetap MOTS Dato Alice Jawan Empaling dalam ucapan perasmiann­ya berkata, Siri Jelajah Integriti itu dirancang untuk diadakan sebanyak tiga kali yang akan melibatkan kesemua wilayah LSS iaitu Wilayah Utara (Miri), Wilayah Tengah (Sibu) dan

diakhiri dengan Wilayah Selatan (Kuching).

Beliau juga berharap agar MOTS dan agensi di bawahnya sama-sama membangun dan memperkasa­kan nilai integriti sebagai salah satu amalan dan budaya kerja seharian.

Hadir sama pada siri pertama program tersebut ialah Penolong Pesuruhjay­a Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak Mardiana Han, Ketua Bahagian Pengurusan Korporat MOTS Elvis Didit, Penolong Kontroler LSS Sam Budi dan warga kerja MOTS dan LSS.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Sesi penyampaia­n cenderamat­a sebagai simbolik kerjasama antara MOTS, LSS dan SPRM dalam menganjurk­an program.
PENGHARGAA­N: Sesi penyampaia­n cenderamat­a sebagai simbolik kerjasama antara MOTS, LSS dan SPRM dalam menganjurk­an program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia