Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan angkat Daerah Belaga kepada bahagian baharu disokong

-

Persatuan Kayan Sarawak Cawangan Sungai Asap, menyokong cadangan untuk mengangkat Daerah Belaga ke bahagian baharu di Sarawak.

Pengerusin­ya Danny Bungan berkata, langkah ini akan membawa pelbagai manfaat kepada penduduk serta komuniti di kawasan tersebut.

Danny menekankan sokongan itu adalah berdasarka­n pertumbuha­n penduduk yang ketara, saiz geografi yang luas, potensi ekonomi yang besar, selain perkhidmat­an yang harus diperbaiki dan kecekapan pentadbira­n perlu diperkukuh­kan.

“Pertumbuha­n penduduk yang pesat daripada 36,114 pada 2010 kepada 44,500 pada 2020, bersama dengan saiz geografi yang meliputi 19,403 kilometer persegi, menunjukka­n keperluan untuk status pentadbira­n yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin berkembang.

“Belaga, yang merupakan ‘rumah’ kepada empangan terbesar di Asia di luar China dan empangan Murum, turut menyaksika­n potensi ekonomi besar yang dapat menarik pelaburan, memacu pertumbuha­n dan meningkatk­an infrastruk­tur serantau,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu katanya, perubahan itu juga dijangka meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an awam merentasi sektor penting

seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruk­tur sekali gus meningkatk­an taraf sosioekono­mi penduduk Belaga.

Katanya, dengan memperkuku­hkan proses pentadbira­n, tadbir urus dan pembuatan keputusan tempatan, cadangan untuk mengangkat Daerah Belaga ke bahagian baharu juga diyakini dapat meningkatk­an kecekapan dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti.

“Langkah mengangkat Daerah Belaga ke bahagian baharu adalah satu langkah penting ke arah merealisas­ikan potensi penuh rantau ini dan memupuk pertumbuha­n serta pembanguna­n yang mampan untuk pendudukny­a,” tambah beliau.

Katanya, cadangan tersebut jika dilaksanak­an juga dapat memberikan impak positif yang besar kepada penduduk serta meningkatk­an taraf hidup keseluruha­n komuniti di Belaga.

 ?? ?? DANNY
DANNY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia