Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan dan galakan penting dalam proses didik anak

Ramai pelajar yang berjaya adalah hasil didikan cemerlang ibu bapa, guru dan pihak sekolah: Dayang Noorazah

- Oleh Kelvin Lambai Dayang Noorazah Awang Sohor ADUN Lingga

SRI AMAN: Sokongan dan galakan penting dalam proses mendidik anakanak, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Menurutnya, ramai pelajar yang berjaya dalam pelajaran mereka adalah hasil didikan cemerlang ibu bapa, guru dan pihak sekolah secara keseluruha­n.

“Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan galakan kepada anak-anak kita sehingga mereka mencapai apa yang mereka inginkan.

“Apa yang penting, apabila mereka sudah berjaya kelak, kita sebagai ibu bapa harus memberikan insentif kepada mereka sebagai pencetus semangat dan dorongan agar mereka lebih berjaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Apresiasi Seri Gamang 2022/2023 (ASGA) Pusat Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Sri Aman di Dewan Suarah Sri , baru-baru ini.

Dayang Noorazah menjelaska­n, gaya kehidupan lapuk iaitu membelakan­gkan pendidikan perlu ditinggalk­an,

sebaliknya ibu bapa perlu mengiktira­f bahawa pendidikan adalah teras utama bagi melahirkan modal insan yang menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Tanpa ilmu pengetahua­n sukar untuk kita mencapai kejayaan cemerlang. Pendidikan adalah kunci untuk menjamin kesenangan pada masa depan,” tambahnya.

Sementara itu, Dayang Noorazah turut menyeru ibu bapa supaya menabung untuk kegunaan anak-anak pada masa hadapan, khususnya apabila mereka melanjutka­n pengajian ke peringkat tinggi.

“Kita sebagai ibu bapa seharusnya mengambil inisiatif untuk menabung sedikit wang bagi kegunaan masa depan anak-anak kita bermula dari sekarang.

“Kita tidak mahu kalau anak kita berjaya melanjutka­n pelajaran kelak, mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Wang tabungan sedikit sebanyak pasti akan meringanka­n beban kita untuk membayar yuran pengajian mereka sementara menunggu pinjaman mereka diluluskan,” jelasnya.

Tambahnya, terdapat segelintir ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka belajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta dengan alasan tidak mempunyai kewangan mencukupi.

“Jika menabung diamalkan sejak awal, kita percaya tiada masalah untuk merealisas­ikan hasrat anak-anak kita menjejakka­n kaki ke menara gading.

“Wang untuk pendidikan ibarat pelaburan jangka panjang yang akan membawa keuntungan apabila anak-anak kita besar kelak,” tambahnya.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Abdul Rahman Muhyiddin, Pengetua SMK Sri Aman Roslan Mohamad Saini, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Sri Aman Hamdan Juli, Exco Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Aman yang mewakil Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023 Mostapha Tugo dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Abdul Rahim Nawawi.

Tanpa ilmu pengetahua­n sukar untuk kita mencapai kejayaan cemerlang. Pendidikan adalah kunci untuk menjamin kesenangan pada masa depan.

 ?? ?? TERUSKAN USAHA: Dayang Noorazah (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatik­an oleh Abdul Rahman (dua kanan), Roslan (dua kiri) serta yang lain.
TERUSKAN USAHA: Dayang Noorazah (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatik­an oleh Abdul Rahman (dua kanan), Roslan (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia