Utusan Borneo (Sarawak)

Akaun 3 KWSP ada kebaikan dan keburukann­ya

-

Ahli akademik Datuk Felician Teo berpendapa­t terdapat kebaikan dan keburukan dalam mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, dari sudut positif pengenalan Akaun 3 bertujuan membantu ahli yang menghadapi cabaran kewangan seperti mereka yang kehilangan pekerjaan atau berada di antara pekerjaan.

Bagaimanap­un ujar beliau, terdapat kelemahan inisiatif penstruktu­ran semula Akaun KWSP kerana ia adalah dana simpanan persaraan untuk membantu ahlinya mencapai simpanan yang mencukupi untuk persaraan yang selesa.

“Ahli-ahli ini menghadapi perbelanja­an yang tidak dijangka dan pengeluara­n fleksibel ini bertujuan membantu mereka pada masa yang sukar sekarang.

“Lebih banyak pengeluara­n daripada Akaun 3 bermakna simpanan persaraan ini akan habis dan pesara akan menjadi lebih bergantung kepada keluarga mereka untuk sokongan semasa bersara.

“Memandangk­an orang ramai kini hidup lebih lama kerana penjagaan kesihatan yang lebih baik, pergantung­an kepada keluarga ini mungkin menimbulka­n tekanan sosial yang besar pada struktur keluarga pada masa depan,” katanya.

Teo ditanya mengenai pengumuman mengenai Inisiatif Penstruktu­ran Semula Akaun KWSP yang akan berkuat kuasa pada 11 Mei dengan pengenalan Akaun Fleksibel untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Pengumuman itu bagaimanap­un disambut baik usahawan Dr Gregory Hii dan langkah itu akan membantu meningkatk­an simpanan persaraan ahli.

Beliau menganggap ini sebagai langkah terkehadap­an kerana ia membantu meningkatk­an Akaun 1 daripada 70 peratus kepada 75 peratus.

Selain itu, Hii menyatakan bahawa Akaun 3 ialah akaun baharu dalam simpanan KWSP yang memenuhi keperluan pengeluara­n pencarum untuk memenuhi keperluan yang tidak dijangka.

Ia adalah ciptaan baharu dan peratusann­ya ialah 10 peratus, katanya.

“Dengan penciptaan Akaun 3, 90 peratus lagi caruman pekerja diagihkan kepada Akaun 1 dan 2 berdasarka­n 75 peratus dan 15 peratus masing-masing.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada kerajaan atas langkah bijak ini yang sebenarnya, meningkatk­an Akaun 1 daripada 70 peratus kepada 75 peratus,” kata Hii.

Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Malaysia Sarawak (PVTLDMS) Mohd Safree Mohd berkata, inisiatif penstruktu­ran semula KWSP dengan penubuhan akaun ketiga dalam bentuk akaun persaraan adalah langkah memastikan pesara di bawah seliaan KWSP, mempunyai akaun bulanan pendapatan dan boleh menguruska­n kewangan persaraan bulanan mereka dengan bijak.

Sementara itu, dilaporkan di bawah inisiatif penstruktu­ran semula akaun, semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula daripada dua akaun sebelum ini iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun.

 ?? ?? MOHD SAFREE
MOHD SAFREE
 ?? ?? TEO
TEO
 ?? ?? HII
HII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia