Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan pelepasan cukai individu, hantar anak jalani latihan sukan: Ling

-

Ibu bapa diseru memanfaatk­an pelepasan cukai individu bagi kos yuran sekiranya menghantar anak menjalani latihan dalam aktiviti sukan.

Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) Alan Ling berkata, ini merupakan satu perkembang­an positif bagi menggalakk­an lebih ramai anak melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

“Inisiatif baharu ini merupakan pelepasan cukai yang dimasukkan bagi perbelanja­an sukan termasuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan yang terhad sehingga RM1,000.

“Kriteriala­tihansukan­yang layak mendapat pelepasan cukai iaitu latihan secara ‘one-off’ atau bersiri yang diadakan secara berstruktu­r seperti kelas, kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh persatuan atau kelab yang berdaftar dengan Pesuruhjay­a Sukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan

Perlawanan Bola Tampar Curtin Cup yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Curtin University Malaysia di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Ling yang juga Presiden Persatuan Bola Tampar Miri menyeru ibu bapa untuk menggunaka­n peluang itu dengan sebaik mungkin dalam usaha untuk membantu membangunk­an industri sukan tanah air.

Sementara itu, Perlawanan Bola Tampar Curtin Cup dianjurkan oleh Kelab

Bola Tampar Curtin dan Jawatankua­sa Pengelola Curtin Cup yang merupakan acara tahunan Majlis Pelajar Curtin University Malaysia.

Perlawanan bola tampar itu bermula jam 5 petang sehingga11­malammelib­atkan empat rumah sukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara.

Ling merupakan penaja utama bagi perlawanan itu dan pihak universiti merakamkan ucapan penghargaa­n atas sokongan padu beliau dalam aktiviti berkenaan.

 ?? ?? RASMI: Ling (tengah) merakamkan kenangan bersama peserta Perlawanan Bola Tampar Curtin Cup, baru-baru ini.
RASMI: Ling (tengah) merakamkan kenangan bersama peserta Perlawanan Bola Tampar Curtin Cup, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia