Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan pastikan operasi loji MLNG berjalan lancar, teratur

-

Sokongan terhadap operasi loji termasuk aktiviti-aktiviti dilaksanak­an Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG) memastikan operasi syarikat itu berjalan dengan lancar dan teratur.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Mohamed Syazwan Abdullah@Laga Jenggi berkata, MLNG melaksanak­an banyak aktiviti kerja termasuk semasa operasi penutupan lojinya untuk kerja-kerja penyelengg­araan.

Justeru katanya, sokongan semua pihak dalam memastikan operasi syarikat itu berjalan dengan baik amat diperlukan.

“Agensi-agensi seperti Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk syarikatsy­arikat lain dan setiap orang di Bintulu amat menyokong segala aktiviti dan kerja kita lakukan dalam tempoh penyelengg­araan itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jom Bertandang Raya Bersama MLNG 2024 di sini, semalam.

Menurutnya, MLNG berterima kasih kepada semua pihak dan majlis diadakan meraikan agensi-agensi kerajaan, dif-dif jemputan, kakitangan kerajaan termasuk pengamal media yang membantu memastikan segala urusan kerja dapat dilakukan dengan jayanya.

Katanya, semua pihak, agensi kerajaan serta pengamal media di sini sangat menyokong apa yang dilakukan di MLNG.

“Maka kita berharap majlis sambutan raya bersama ini membantu mengukuhka­n hubungan dan kerjasama antara MLNG serta pihakpihak terbabit,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, ADUN Jepak Iskandar Turkee, Pemanca Francis Toh dan Penghulu Dato Chai Shong Phian.

Malaysia LNG (MLNG) ialah pengeluar gas asli cecair di Malaysia yang mengoperas­ikan sembilan modul pencairan di loji Kompleks LNG Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Bintulu.

Pada 2007, ia merupakan kompleks pengeluara­n gas asli (LNG) terbesar dan MLNG diiktiraf sebagai lima teratas loji LNG terbesar di dunia pada 2022.

Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG Satu) diperbadan­kan pada 14 Jun 1978 untuk membina Loji LNG Malaysia pertama bagi tiga tren dengan kapasiti 2.7 juta tan setahun (Mtpa) setiap satu.

Gas asli cecair (LNG) pertamanya telah dihantar dengan menggunaka­n kargo pada 29 Januari 1983.

Pada 1 Jun 1992, Malaysia LNG Dua Sdn Bhd (MLNG Dua) diperbadan­kan untuk mengurus dan mengendali­kan loji LNG kedua daripada tiga tren dengan kapasiti 2.6 Mtpa setiap satu.

LNG pertamanya telah dihantar pada Mei 1995.

Pada 8 November 1995, Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga) diperbadan­kan mengurus dan mengendali­kan loji LNG ketiga bagi dua tren dengan kapasiti 3.6 Mtpa setiap satu. Penghantar­an pertama LNG dilakukan pada Mac 2003.

Pada 2012, Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB) telah diperbadan­kan untuk memiliki Tren pencairan LNG ke-9 di Kompleks LNG Petronas (PLC). LNG pertamanya dihantar pada September 2016.

Loji LNG terletak di Bintulu terdiri sembilan tren LNG dan tiga daripadany­a milik MLNG Satu (usaha sama pertama), tiga lagi MLNG Dua, dua untuk MLNG Tiga dan satu untuk Train 9 (PL9SB).

Keempat-empat projek itu terletak di satu tapak semuanya menggunaka­n teknologi pencairan yang dibangunka­n oleh Air Products & Chemicals Inc (APCI) dan berkongsi kemudahan bersama.

Pada 2005, jumlah kapasiti terpasang ialah 21.85 Mtpa LNG dan terdapat projek menaik taraf meningkatk­an kapasiti sebanyak 1.4 Mtpa. Train 9 menambah kapasiti 3.6 MTPA kepada kompleks ini.

 ?? ?? MAJLIS BERTANDANG: Syazwan (tiga kiri) bersama (dari kiri) Pang, Chai, Hamid, Iskandar dan Francis pada Majlis Bertandang Raya Bersama MLNG di Bintulu, semalam.
MAJLIS BERTANDANG: Syazwan (tiga kiri) bersama (dari kiri) Pang, Chai, Hamid, Iskandar dan Francis pada Majlis Bertandang Raya Bersama MLNG di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia