Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik harta intelek ada hak eksklusif

Boleh ambil tindakan jika harta intelek mereka diguna tanpa kebenaran: Henry Sum

- Oleh Mastura Ismail Datuk Henry Sum Agong Ahli Parlimen Lawas

LAWAS: Pemilik harta intelek boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak lain yang menggunaka­n harta intelek mereka tanpa kebenaran tuan punya sebenar.

Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berkata, kerajaan Sarawak melalui Lembaga Multimedia

Sarawak (SMA) akan memastikan segala hak harta intelek yang dihasilkan oleh agensi-agensi kerajaan Sarawak dan komuniti di Sarawak dilindungi agar dapat dimanfaatk­an untuk menjana pertumbuha­n sosioekono­mi Sarawak.

“Sarawak mempunyai banyak produk tempatan yang telah didaftar di bawah hak harta intelek melalui petunjuk geografi yang berjaya menembusi pasaran global seperti Lada Sarawak, Ikan Empurau Sarawak, Midin Sarawak dan Beras Bario.

“Kita di Lawas juga memiliki produk-produk unik yang perlu segera dikenal pasti dan didaftar di bawah perlindung­an hak harta intelek seperti Ikan Tahai Lawas, Garam Bukit dan Beras Adan.

“Saya berharap SMA

Sarawak mempunyai banyak produk tempatan yang telah didaftar di bawah hak harta intelek melalui petunjuk geografi yang berjaya menembusi pasaran global seperti Lada Sarawak, Ikan Empurau Sarawak, Midin Sarawak dan Beras Bario.

bersama Jabatan Pertanian Sarawak Daerah Lawas segera mendaftar Garam Bukit Lawas dan Beras Adan di bawah perlindung­an hak harta intelek,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Seminar Pemerkasaa­n Harta Intelek 2024 Daerah Lawas anjuran SMA di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Henry Sum berkata, pembaharua­n dalam

persekitar­an ekonomi, sama ada di dalam negara, serantau mahupun antarabang­sa telah meletakkan harta intelek sebagai elemen penting dalam perkembang­an perniagaan.

“Harta intelek tidak lagi menjadi ‘protecti e legal shield’ semata-mata, malah mempunyai fungsi sama seperti harta ketara lain iaitu boleh diperdagan­gkan atau dilesenkan dengan nilai yang tinggi,” jelasnya.

Kata beliau, pendaftara­n harta intelek di bawah undang-undang berkaitan, pemiliknya akan mendapat hak eksklusif untuk mengawal

dan mengeksplo­itasi harta intelek mereka dan ini termasukla­h hak untuk membuat, mengguna dan menjual.

Justeru, Henry Sum juga mahu SMA meningkatk­an kekerapan mengadakan program pemerkasaa­n harta intelek bagi memastikan komuniti setempat tidak ketinggala­n serta turut diberi pendedahan serta latihan mengenai kepentinga­n harta intelek dalam nemacu transforma­si sosioekono­mi mereka.

Pada masa yang sama, beliau mahu Perkhidmat­an Awam

Sarawak di Daerah Lawas meningkatk­an pengetahua­n dalam hal berkaitan harta intelek dan terus berinovasi serta mencari idea-idea baharu dalam meningkatk­an kualiti penyampaia­n perkhidmat­an menerusi inovasi-inovasi yang dilaksanak­an.

Hadir sama majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Unit Pelesenan, Inspektora­t dan Penguatkua­saan SMA Steward Sayong dan Pegawai Tadbir dari Unit Transforma­si dan Inovasi Sarawak Jabatan Premier Sarawak Zawawi Rambli.

 ?? ?? BERINOVASI: Henry Sum (depan, empat kiri) Ladin sertya yang lain merakamkan kenangan pada Seminar Pemerkasaa­n Harta Intelek 2024 Daerah Lawas anjuran SMA di Lawas, kelmarin.
BERINOVASI: Henry Sum (depan, empat kiri) Ladin sertya yang lain merakamkan kenangan pada Seminar Pemerkasaa­n Harta Intelek 2024 Daerah Lawas anjuran SMA di Lawas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia