Utusan Borneo (Sarawak)

Penternaka­n kerbau di Kg Belading berpotensi jadi produk pelanconga­n

-

LIMBANG: Kampung Belading yang terkenal dengan penternaka­n kerbau berpotensi untuk dimajukan sebagai produk pelanconga­n unik di Sarawak sekali gus menarik kemasukan pengunjung luar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata, Batu Danau mempunyai banyak produk pelanconga­n menarik yang berpotensi dibangunka­n, selain produk pelanconga­n sedia ada.

Jelas beliau, kerajaan melalui agensi kerajaan berkaitan seperti Majlis Daerah Limbang (MDL) sudah mengenal pasti beberapa produk pelanconga­n domestik di kawasannya untuk dibangunka­n.

“Sebagai contoh, Kampung Belading ini merupakan satu kawasan penternaka­n kerbau, saya difahamkan oleh pihak MDL bahawa ia boleh menjadi satu produk

pelanconga­n yang harus dibangunka­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Surau Nurul Huda dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Belading di Dewan Serbaguna

kampung tersebut pada malam kelmarin.

Turut hadir ialah Penghulu Ahmad Bini dan Ketua Kampung Belading Matzin Sumil.

Jelas Paulus lagi, beberapa produk pelanconga­n menarik lain di kawasannya turut dimajukan termasuk penganjura­n Pesta Medamit yang menyajikan pelbagai acara dan aktiviti menarik.

Antaranya, pameran kebudayaan dan kraf tangan, malam kebudayaan, sukan rakyat dan acara bot laju, sekali gus menghidupk­an lagi sektor berkenaan di kawasan luar bandar itu.

Katanya lagi, Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo yang diadakan di Loagan Langari Batu Danau sebelum COVID-19 juga dijangka diadakan semula tahun ini.

Paulus optimis penyertaan dari negara Thailand, selain peserta dari Sabah, Brunei, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Sarawak akan memeriahka­n kejohanan yang menghimpun­kan para peminat sukan bot kawalan jauh dari luar.

Kejohanan itu ujarnya, merupakan satu lagi tarikan utama di utara negeri ini dalam menarik kemasukan pengunjung selain mempromosi­kan Limbang kepada masyarakat luar.

 ?? ?? TAHNIAH: Paulus (dua kiri) menyerahka­n hadiah kepada pemenang pakaian beragam pada majlis tersebut. Turut kelihatan, Matzin (kiri) dan Ahmad (kanan).
TAHNIAH: Paulus (dua kiri) menyerahka­n hadiah kepada pemenang pakaian beragam pada majlis tersebut. Turut kelihatan, Matzin (kiri) dan Ahmad (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia