Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas 60 tahun, peniaga ‘ding bian hu’ terkenal di Sibu tamatkan operasi akhir Mei

-

SIBU: Sebuah kedai makan tempatan, Chop Hing Huong, yang terkenal dengan hidangan khas gastronomi Foochow ‘ding bian hu’ akan menamatkan operasinya pada penghujung Mei depan.

Hidangan popular ini juga dikenali sebagai ‘dian bian ngu’ dalam dialek Foochow.

Pengendali­nya, Kiu Chiong Loi, 83, berkata beliau ingin bersara selepas berkecimpu­ng dalam perniagaan selama lebih daripada 60 tahun.

Kedai Kiu bermula pada tahun 1960, terletak di lorong Jalan Blacksmith dan terkenal dalam kalangan pengunjung ke bandar sungai itu.

Beliau turut diabadikan menerusi lukisan mural di sisi belakang lorong terbabit yang menggambar­kan beliau sedang menyediaka­n ‘ding bian hu.’

‘Ding’ merujuk kepada kuali, manakala ‘bian’ adalah tepi, dan ‘hu’ adalah adunan beras.

“Inilah kedai ‘ding bian hu’ pertama di Sibu, di mana kami bermula pada tahun 1960.

“Saya telah berkecimpu­ng dalam perniagaan ini selama lebih daripada 60 tahun dan ingin bersara. Saya semakin uzur,” kata Kiu kepada The Borneo Post dalam satu temu bual di kedainya semalam.

Menurut Kiu, menurut pengetahua­nnya, kedainya adalah kedai ‘ding bian hu’ tertua di Sibu.

“Menjelang akhir bulan depan, kami akan menamatkan operasi,” katanya.

Bapa enam anak itu turut

mengimbau kenangan ketika masih remaja apabila beliau belajar mengenai perniagaan itu.

“Saya belajar daripada bos saya (cara menyediaka­n ‘ding bian hu).

“Kemudian, saya mengambil alih perniagaan ini setelah dia (pengendali terdahulu) memutuskan untuk bersara,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini, mereka juga pernah menjual mi goreng.

“Tetapi sekarang, kami hanya menjual ‘ding bian hu’,” katanya.

Beliau mengakui penyediaan ‘ding bian hu’ bukan perkara mudah kerana ia melibatkan kerja-kerja yang memenatkan.

Ditanya sama ada beliau menurunkan perniagaan kepada anak-anaknya, Kiu mendedahka­n anak lelakinya turut menjual ‘ding bian hu’ di sebuah kedai kopi di Jalan Ling Kai Cheng di sini.

“Saya mempunyai empat anak perempuan dan dua anak lelaki. Ada berada di Singapura dan Johor.

“Yang menjual ‘ding bian hu’ sekarang ini ialah anak kelima dalam keluarga.

“Yang bongsu di antara adik-beradik adalah perempuan,” ujarnya.

Kiu memulakan perniagaan­nya dari jam 6 pagi hingga 2 petang setiap hari.

“Lebih ramai orang pada cuti umum,” katanya dengan bersemanga­t.

Apabila ditanya sama ada pelanggann­ya tahu bahawa kedainya akan menamatkan operasi menjelang akhir Mei, Kiu menganggap mereka akan tahu sekiranya berita ini disiarkan.

 ?? Peter Boon — Gambar ?? KEGEMARAN RAMAI: Gerai Kiu yang sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan.
Peter Boon — Gambar KEGEMARAN RAMAI: Gerai Kiu yang sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan.
 ?? — Gambar Peter Boon ?? GIGIH: Kiu sedang sibuk menyediaka­n hidangan ‘ding bian hu.’
— Gambar Peter Boon GIGIH: Kiu sedang sibuk menyediaka­n hidangan ‘ding bian hu.’
 ?? ?? KIU
KIU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia