Utusan Borneo (Sarawak)

Program pendidikan ekosistem akuarium di SK Kidurong berjaya

-

BINTULU: Program Komuniti Pendidikan Mikrobiolo­gi Dalam Ekosistem Akuarium diadakan dengan jayanya untuk murid-murid dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong semalam.

Program anjuran Institut EkoSains Borneo Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan SK Kidurong itu bertujuan mendedahka­n murid-murid dan guru dengan hidupan akuatik seperti ikan dan sebagainya.

Program itu dibahagika­n kepada lima modul iaitu Pelangi Kobis Merah, Eksplorasi Aerodinami­k: Projek Kejurutera­an Pesawat, Menganggar Jumlah Pembebasan Gas Amonia, Teknologi Penanaman Tanpa Tanah dan Ekosistem Hidupan Akuatik Dalam Akuarium.

Pameran ‘Black Soldier Fly’ turut diadakan yang dikendalik­an oleh seorang pakar bidang serangga terbabit iaitu Leong Boon Huat, sekali gus mendedahka­n murid-murid dengan kitaran hidup serangga.

Perasmian program itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang.

Pang berkata, program itu mendedahka­n murid-murid dan guru dengan visual menarik dalam usaha meningkatk­an pemahaman tentang hidupan akuatik.

“Program ini tidak hanya mengembang­kan perbendaha­raan kata mereka malah menanam nilai-nilai positif seperti menghargai alam semula jadi,” katanya berucap pada program tersebut.

Beliauberh­arapprogra­mitu diteruskan bagi menyokong kelestaria­n akuatik dan memberi impak positif kepada generasi akan datang.

Turut hadir ialah Pengarah IEB UPMKB Dr Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus, Guru Besar SK Kidurong Abdul Samad Rosli, Ketua Laboratori Biodiversi­ti Borneo IEB UPMKB Dr Keeren Sundara Rajoo dan Ketua Program Profesor Madya Dr Leong Sui Sien.

 ?? ?? INGIN TAHU: Pang (kiri) bertanya sesuatu kepada penganjur pameran sempena Program Komuniti Pendidikan Mikrobiolo­gi Dalam Ekosistem Akuarium di SK Kidurong semalam.
INGIN TAHU: Pang (kiri) bertanya sesuatu kepada penganjur pameran sempena Program Komuniti Pendidikan Mikrobiolo­gi Dalam Ekosistem Akuarium di SK Kidurong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia